CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik perempuan lelaki serang balai polis Ulu Tiram mengaku tidak salah

27-11-2024 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36798| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – Adik perempuan lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja tidak memberikan maklumat berkenaan ideologi keganasan.

Tertuduh Mariah Radin Imran, 19, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim K.Muniandy.

Mengikut pertuduhan, Mariah didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan telah dilakukan dan tertuduh sengaja tidak memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan-kesalahan itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor antara April 2017 hingga 17 Mei 2024 yang didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Berikutan pengakuan tidak bersalah tertuduh mahkamah kemudian menetapkan 9 Januari tahun depan bagi pengurusan kes seterusnya.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Mohamad Mustafa P.Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Arief Firdaus Ashikin.

Sebelum ini semasa prosiding di mahkamah Johor Bahru, Mahkamah Sesyen itu memerintahkan Mariah mendapatkan rawatan di hospital setelah didapati mengalami simptom kemurungan.

Dalam kejadian tragis pada 17 Mei lalu, dua anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak seorang seorang yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian kejadian berdarah tersebut.

Suspek iaitu lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis tersebut dengan menggunakan senjata parang.

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata api dan melepaskan dua das tembakan.

Tembakan itu mengenai salah seorang anggota polis menyebabkan anggota keselamatan itu mengalami kecederaan pada bahu serta perut.

Mangsa yang ditembak dikenal pasti sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala anggota yang ditetak pula ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.



Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 27-11-2024 02:57 PM
tak kenapa sampai adik dia pun kena...nak tahu jugak mamat type c yang jadi askar upahan ukrain tu family dia tak kena tangkap sekali ke..tak kan lepas macam tu je.

tak siasat apa connection dia? macam mana dapat contact askar luar.. bukan isu ringan ya
statement sebelum ni cakap dia terpengaruh permainan game online..macam tu pulak
Quote hokeypokey 27-11-2024 08:26 PM
berita tak jelas.. apa connection adik ngan abang tu?? abang dia duk rumah adik ni ke?? ke dia yg tolong hantar abang dia ke situ ke?? apa jenis subahat si adik ni takde bagitau plak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.027366 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top