CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Fatin Afeefa raih semua A dalam peperiksaan akhir tahun – “Tahniah Joyah..!”

27-11-2024 10:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37667| Komen: 17

 


Anak Fatin Afeefa iaitu Ivy Herra Sophia raih semua A untuk tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun 2024, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin di Insta-stornya, dia berasa kagum dengan keputusan cemerlang Ivy Herra Sophia.

 
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat reaksi wajah gembira Ivy ketika menunjukkan markah peperiksaan subjek tahun 3 tanpa mendedahkan nama sekolahnya.

“Congrats Joyah,” ujar Fatin ringkas dalam video itu.

Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah.


Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan itu membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.

Adam telah berjanji untuk menghabiskan hafalannya dalam tempoh satu tahun di Akademi al-Quran Akmal.

Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.

Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.

Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia lapan bulan.

Sumber:  Oh My Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 27-11-2024 10:23 PM
nama kemain Ivy Herra Sophia, hujung2 ko panggil joyah???
Quote kepompong 27-11-2024 10:38 PM
Joyah kan nama geemer norlia ramli (ni nama beliau masa berlakon jadi joyah)
Quote rayna_raynes 28-11-2024 03:26 AM
hokeypokey replied at 27-11-2024 10:23 PM
nama kemain Ivy Herra Sophia, hujung2 ko panggil joyah???

Okla, atleast nama anak dia padan dengan muka

Quote Sonneblume 28-11-2024 03:50 AM
Nama tak nak kalah
Quote nia_salina 28-11-2024 05:06 AM
despite all her marriage controversy and how poyo laki dia yg skrg ni dulu.. apa nama dia opai ek? i saw huge improvement kt opai ni. i think sbb kes yg dia belagak pasal kereta tu kot? lepas tu nampak tone down sikit. kalau tak tu ada je benda dia nk viral kn diri dia. Baru ni yg dia nangis anak fatin masuk tahfiz tu ..alah sedih.. nampak la resposible man jugak opai ni
Quote bottombikini 28-11-2024 06:32 AM
nama sampai 3 harkat last2 panggil joyah

anak laki dia hensem...bakalan pojaan malaya
Quote cm_vungtau 28-11-2024 07:11 AM
Jadahnya panggil anak Joyah
Quote Cpkay 28-11-2024 09:29 AM
nia_salina replied at 28-11-2024 05:06 AM
despite all her marriage controversy and how poyo laki dia yg skrg ni dulu.. apa nama dia opai ek? i ...

ada juga viral lagi opai tu .. dia halau orang waktu live kat tt waktu orang tu minta diskaun perfume yg mampu milik kalau tak silap. Opai kata dia tak hadap golongan b40. target market dia bukannya b40.

Quote yum3 28-11-2024 09:34 AM
alaaa sis. baru sek rend kot. tak yah nak bangga sgt. tunggu result SPM nanti le baru upload. hahhahah
Quote Cassieopeia 28-11-2024 10:10 AM
sejak berubah ni makin bagus dia, pandai jaga anak2
Quote cap_ayam 28-11-2024 11:29 AM
Tahniah.. pandai anak dia.
Quote hanihan16 28-11-2024 12:00 PM
Cpkay replied at 28-11-2024 09:29 AM
ada juga viral lagi opai tu .. dia halau orang waktu live kat tt waktu orang tu minta diskaun perf ...

laa dia ke orangnya. i ingat founder produk oem mana ntah tu pompuan
Quote LadyCarefree 28-11-2024 09:16 PM
80 pun A. Lawak.
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:25 AM
tahniah joyah
Quote aavakateimani 29-11-2024 07:25 AM
joyah dah besar mesti cantik
Quote tupaiterbang 29-11-2024 09:03 AM

Tahniah...3 anak from 3 laki berlainan
Quote ezacbee 29-11-2024 09:04 AM
cm_vungtau replied at 28-11-2024 07:11 AM
Jadahnya panggil anak Joyah

Agaknya mulut kuat menjoyah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032517 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top