SHAH ALAM: Punca kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang meninggal dunia pada 13 November lalu adalah disebabkan strok haba dengan kegagalan pelbagai organ. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi. "Siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan sehingga kini sembilan saksi sudah diambil keterangan," katanya dalam kenyataan, malam ini. Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menerima laporan yang dibuat bapa mangsa pada 15 November lalu yang menyatakan beliau menerima panggilan telefon daripada pihak Hospital Shah Alam pada 10 November berhubung anaknya dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Katanya, pengadu dimaklumkan rakan anaknya bahawa kejadian berlaku semasa sesi latihan di padang kawad yang diambil oleh seorang jurulatih PALAPES UiTM Shah Alam.
Katanya, mangsa yang pengsan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan. "Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa menyertai PALAPES di UiTM Shah Alam sejak penghujung Oktober 2024 dan kini sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas PALAPES bermula pada 2025. "Pada hari kejadian, mangsa didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian. Mangsa dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah," katanya. Beliau berkata, mangsa mendapatkan rawatan awal di Wad Kecemasan Zon Merah dan ketika rawatan mangsa dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi. Katanya, rawatan awal sudah diberikan dalam usaha untuk hidrasi mangsa bagaimanapun ia tidak memberikan tindak balas positif. "Mangsa kemudian mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum beliau dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi. "Tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi, 13 November. "Punca kematian adalah disebabkan 'heat stroke with multiorgan failure'. "Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamaruddindi talian 012-2666025," katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
aryyan replied at 28-11-2024 01:55 PM
'heat stroke with multiorgan failure'
organ failure boleh jd sekejapan ke?
ke dh ada penyakit lama y ...
ADVERTISEMENT