Pelakon Mira Filzah berkata kepercayaannya terhadap suami, Wan Emir Astar tidak tergugat meskipun dia melakonkan watak isteri dicurangi dalam drama Curang Tanpa Niat. Memetik HibGlam, Mira berkata dalam rumah tangga setiap pasangan perlu saling percaya antara satu sama lain dan dia percaya akan suaminya. “Saya memang percaya dengan suami dan meletakkan kepercayaan kepada dia. Rasa takut (bimbang) ketika berlakon itu ada, tetapi bagi saya perkara begini (lakonan) berbeza dengan realiti. “Saya tidak menggabungkan soal kerjaya dan hal peribadi. Jadi, bagi saya tidak timbul rasa kurang selesa dalam diri selepas melakonkan watak isteri dicurangi suami,” katanya.
|
Nanadjo replied at 29-11-2024 03:00 PM
Iols menanti laharan kurex je tiap kali tred basic ni naik. Relevan lagi ke sheols ni? Muka dah maki ...
ADVERTISEMENT