CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir: Ahmad Zahid arah NADMA segera hantar khemah ke Kelantan

29-11-2024 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 56942| Komen: 7

 


KOTA BHARU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamiid mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menghantar khemah yang terdapat di negeri yang belum mengalami banjir ke Kelantan.

Timbalan Perdana Menteri, berkata ia berikutan beliau dimaklumkan berlaku kekurangan khemah di Kelantan.

"Saya dapat maklumat terdapat kekurangan khemah dan saya sudah mengarahkan NADMA supaya menghantar segera khemah berkenaan.

"Khemah di negeri yang belum dilanda banjir perlu dihantar ke Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maklukpenggoda 29-11-2024 10:48 PM
[twitter]https://twitter.com/malaysiagazette/status/1862300018386121206?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/weathermonitors/status/1862140471331660153?s=61[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/aisyahshahid/status/1862438448604618858?s=61[/twitter]
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:24 AM
baru nak hantar kah
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:25 AM
benda jadi tiap tahun buat la persiapan awal
Quote Suchi 30-11-2024 06:58 PM
Sikit sgt ke khemah ni weh? Takkan amik yg negeri blm dilanda banjir plak
Sejak iols lahir kat donia ni dh sedia maklum ujung tahun musim tengkujuh melanda.
Persiapan sepatutnya dibuat lebih awal, stenbai jelaa walaupun taktau banjir ke tidak.
Quote BoongaKertas 2-12-2024 09:38 AM
nadma ni mcm slow betul lah kan? entahlah labu.
Quote nazzse 2-12-2024 10:50 AM
cakap menteri bodoh kan marah. Org gomen nak buat preparation awal pun tak boleh, atas tak lulus. Last2 rakyat jugak merana. Menteri berdesup cuti oversea.
Quote sranua 2-12-2024 02:26 PM
Hujung tahun..bajet nak berjalan dah lulus, kena habiskan tahun ni jugak. Tu yg Ketua Jabatan pun berjalan...cuti2 Malaysia.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.138758 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top