CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara 7 tahun, dua sebatan untuk Syed Saddiq munasabah dan berpatutan - Hakim

29-11-2024 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 68651| Komen: 28

 


KUALA LUMPUR: Adalah tidak munasabah bagi Ahli Parlimen Muar, Syed Saadiq Syed Abdul Rahman sebagai pemimpin sayap parti politik, tidak mengetahui pengeluaran RM1 juta daripada akaun ARMADA BERSATU, kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Beliau berkata, penafian Syed Saddiq bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai penyimpanan dan kegunaan wang RM1 juta itu juga adalah sesuatu yang sukar diterima akal.

"Mahkamah juga tidak bersetuju dengan keterangan Syed Saddiq bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah sebenar wang yang dikeluarkan, sebaliknya berpendirian, tindakan tertuduh selaku Ketua ARMADA ketika itu yang juga seorang daripada pemegang amanah akaun, mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, adalah kesalahan pecah amanah," katanya dalam penghakiman Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta serta dua sebatan terhadap Syed Saddiq pada 9 November tahun lalu.


Ia selepas mahkamah mendapatinya bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Azhar membuat dapatan itu menerusi alasan penghakiman setebal 22 muka surat yang diperoleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.

Beliau berkata, tindakan menyimpan dan membahagikan wang tunai yang dikeluarkan tanpa disimpan di tempat yang selamat di pejabat ARMADA juga menimbulkan satu inferens niat jahat di pihak tertuduh.

Sementara itu, Azhar berkata, tiada satu pun keterangan dikemukakan Syed Saddiq menunjukkan kutipan majlis makan malam (ARMADA) yang akan diadakan adalah untuk menggantikan perbelanjaan yang dibuatnya sebelum ini.

Sebaliknya, hakim itu berkata, ia adalah untuk menampung kempen pilihan raya bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

"Kronologi dan tarikh menunjukkan pemindahan wang RM100,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) kepada akaun peribadi Maybank tertuduh berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

"Pemindahan wang itu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik Ahli Parlimen Muar itu pula berlaku sebulan selepas pilihan raya.

"Penyata bank yang dikemukakan tidak menunjukkan sebarang pengeluaran yang boleh dikatakan sebagai perbelanjaan bagi kempen pilihanraya. Justeru , dakwaan bahawa tertuduh sudah membelanjakan wang beliau sendiri juga tidak disokong mana-mana keterangan.

"Tanpa sebarang bukti untuk menyokong fakta ini, dakwaan yang wang terbabit adalah untuk menggantikan wang tertuduh sendiri juga tidak berasas," katanya.

Azhar sebelum ini membenarkan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu menangguhkan pelaksanaan semua hukuman, manakala syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Azhar berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen dan idola anak muda, Syed Saddiq sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

"(Ini supaya) untuk beliau terus menjadi ikutan anak-anak muda, selain melaksanakan tanggungjawab seorang yang dipilih rakyat Muar dalam memperjuangkan hak mereka.

"Mahkamah juga mengambil kira ini kesalahan pertama tertuduh. Selain itu, usia tertuduh yang masih muda juga menjadi pertimbangan mahkamah ini.

"Pada usia ini, tertuduh masih mempunyai banyak masa lagi untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan dilakukan serta mengambil iktibar daripada apa yang berlaku," katanya.

Susulan itu, Azhar berkata, mahkamah berpendapat hukuman diberikan adalah munasabah dan berpatutan.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 29-11-2024 05:56 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin

Ikut pengalaman akak kan, orang yang berbulu kening lebat ni, bulu jembot dekat bawah tu lagi lebat diknon awwww....  





Quote honam 29-11-2024 06:17 PM
bila nak kena masuk jail?
Quote Orix 29-11-2024 08:11 PM
Cashh lahh
Quote supernaturalee 29-11-2024 08:35 PM
honam replied at 29-11-2024 06:17 PM
bila nak kena masuk jail?

Tangguh thn dpn
Credit to metro

"mahkamah membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan yang ditetapkan untuk sebutan pada 16 Jan depan."

Quote manop 29-11-2024 09:15 PM
alamak..
Quote pooh~key 29-11-2024 09:21 PM
Akak nak sebat punggung gebu heols sissy.
Quote akies 29-11-2024 09:27 PM
Sempat ke tk ni syed saddiq masuk ironman langkawi thn depan ?
Quote syamzana 29-11-2024 10:15 PM
sempat lg celebrate krismas dgn new year
Quote edayildiz 29-11-2024 10:46 PM
raya dlm penjara la he nnti ek
dia muda lg kn...mcm tua 5 thn je dr i kalau xsilap..ptt g je smbg study kt oxford ke harvard dulu tu
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:19 AM
suka la tu
Quote aavakateimani 30-11-2024 06:20 AM
nanti dlm jel jaga kebajikan banduan ye
Quote TomyamPuteh 30-11-2024 08:01 AM
Blh sambung master dlm cell
Quote Samerosie 30-11-2024 08:13 AM
Minta tangguh tangguh. Dey mintak tuan hakin reverse la hukuman tu, 2 tahun penjara, 7 sebat montot. Kejab jer tu keluar lah.
Quote brainbiru 30-11-2024 08:20 AM
kakikuDibibirmu: Hensemnya Syed Suck Dick ni, a ...


Habis tu Nabelah Awang nak letak mana
Quote brainbiru 30-11-2024 08:21 AM
Samerosie replied at 30-11-2024 08:13 AM
Minta tangguh tangguh. Dey mintak tuan hakin reverse la hukuman tu, 2 tahun penjara, 7 sebat montot. ...

Bg la dia merasa pi konsert sumandak dulu...  penat dia berlakon dlm bideo clip Nabelah Awang.
Quote Samerosie 30-11-2024 08:32 AM
brainbiru replied at 30-11-2024 08:21 AM
Bg la dia merasa pi konsert sumandak dulu...  penat dia berlakon dlm bideo clip Nabelah Awang.

Ha?!! Kalau camtu tak yah reverse jail time teruskan 7 tahun tu.  
Quote tidak_kelihatan 30-11-2024 03:31 PM
brainbiru replied at 30-11-2024 08:21 AM
Bg la dia merasa pi konsert sumandak dulu...  penat dia berlakon dlm bideo clip Nabelah Awang.

Kannn..seat percuma woiiii..kahkahkah
Quote alesandra 30-11-2024 04:20 PM
Masih mahkamah tinggi rupanya.ingatkan hakim mahkamah rayuan.lambat laa nak kena sebat tu
Quote otai_g 30-11-2024 06:13 PM
Kesian. Muda2 da msk jail. Btl la org kata cpt baik cpt jatuh.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053376 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top