KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di seluruh Semenanjung Gaza terbunuh akibat serangan Israel semalam, ketika penduduk wilayah itu mengharapkan gencatan senjata seperti mana diisytiharkan di Lubnan . Sebaliknya, kata pasukan perubatan, tentera meningkatkan pengeboman di kawasan tengah dan kereta kebal mara lebih jauh ke utara dan selatan wilayah itu. Peningkatan serangan itu berlaku sehari selepas Israel dan Hizbullah yang disokong Iran memulakan gencatan senjata di Lubnan, bagi menghentikan permusuhan dan meningkatkan harapan dalam kalangan penduduk Palestin di Gaza untuk perjanjian sama dengan Hamas. Kempen ketenteraan Israel dengan tujuan mengusir Hamas selepas serangan pada 7 Oktober 2023, sudah memusnahkan sebahagian besar wilayah dengan penduduk seramai 2.3 juta orang, namun serangan regim Yahudi tidak berkurangan. Ketika mengumumkan gencatan senjata Lubnan pada Selasa lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, beliau akan memperbaharui usahanya untuk mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza dan menggesa Israel serta Hamas merebut peluang berkenaan.
Gencatan senjata dalam konflik antara Israel dan Hizbullah berkuat kuasa sebelum subuh Rabu lalu dan dijadualkan berkuatkuasa selama 60 hari. Ia menghentikan peningkatan permusuhan secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan, yang membayangi konflik di Gaza. Semalam, Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada mereka yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak. Beliau berkata serangan Israel yang berterusan di kawasan utara Gaza sejak tujuh minggu lalu menyebabkan 130,000 orang kehilangan tempat tinggal. UNRWA dalam satu kenyataan berasingan berkata, keadaan untuk bertahan hidup (di Gaza utara) semakin merosot untuk 65,000 hingga 75,000 orang yang dianggarkan masih berada di sana. Tentera Israel mendakwa Hamas menggunakan bangunan seperti hospital sebagai pangkalan atau kubu dan menyembunyikan kegiatannya dalam kalangan orang awam, satu tuduhan yang dinafikan oleh Hamas dan pekerja perubatan. Tentera Israel berkata, seramai 34 pesakit dari hospital Kamal Adwan dan Al-Awda dipindahkan ke fasiliti selamat di Gaza selepas kedua-dua fasiliti kesihatan itu musnah teruk dalam serangan. Semalam, enam orang terbunuh dalam dua serangan udara berasingan di sebuah rumah dan berhampiran hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya di utara Gaza, manakala empat lagi terbunuh apabila serangan Israel kena pada sebuah motosikal di Khan Younis di selatan. Satu lagi serangan udara Israel berlaku berhampiran kem penempatan keluarga pelarian di timur Khan Younis dan membunuh sekurang-kurangnya lima orang selain mencederakan beberapa lagi. Di Nuseirat, salah satu daripada lapan kem pelarian di Gaza, pesawat Israel melancarkan beberapa serangan udara, memusnahkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan jalan-jalan di luar masjid. Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan itu, menurut pegawai kesihatan di Hospital Al-Awda di kem berkenaan. Puluhan keluarga terperangkap di rumah mereka selepas beberapa kereta kebal mara dari kawasan utara kem itu dan ambulans tidak dapat sampai kepada mereka kerana tembakan bertubi-tubi kereta kebal. Di Rafah, kereta kebal dilaporkan mara lebih dalam ke kawasan barat laut bandar itu. Sementara itu, tentera Israel mempertontonkan kepada media penghantaran bantuan ke Gaza melalui lintasan utama ketika Israel berdepan tuduhan menghalang bantuan ke wilayah Palestin. Ketika lawatan media ke Gaza di lintasan Kerem Shalom, trak bantuan dilihat masuk dari Mesir, Jordan dan Tebing Barat. Ketua unit tentera Israel yang bertanggungjawab untuk keperluan kemanusiaan di Gaza, Kolonel Abdullah Halabi berkata, lebih 800 trak berisi mauatan bantuan menunggu untuk diedarkan kepada penduduk di dalam Gaza. Semua bantuan ke Gaza mesti diperiksa oleh tentera Israel sebelum memasuki wilayah Palestin itu. bagaimanapun, menurut kiraan UNRWA, hanya 65 trak bantuan masuk ke Gaza setiap hari sepanjang bulan lalu, berbanding purata 500 sehari sebelum perang. Agensi itu berkata tiada trak yang dihantar PBB berjaya memasuki Gaza utara, di mana berlaku pertempuran sengit sejak beberapa minggu kebelakangan ini. - AFP Sumber : Berita Harian |
dua_chzy replied at 30-11-2024 01:54 PM
Tu, Hamas ke apa tu, takda buat apa2 ka untuk tolong rakyat dia? Build temporary shelters, kasik mak ...
Decaffeinated replied at 30-11-2024 03:36 PM
Nak gencatan macam mana dah korang pun sokong Hamas, berbekalkan sorakan dari Malaya. Hadap ja lah p ...
buailajulaju replied at 30-11-2024 09:50 PM
celah mane westbank tu aman...gitu2 je budak kene tembak, kene tangkap...rumah kene roboh
Decaffeinated replied at 1-12-2024 01:41 PM
sumber berita ko RTM dgn TV3 ja ka? Media ni ada agenda, lepas tu dia akan cari bahan yang menyoko ...
sharlenetexas replied at 30-11-2024 05:50 PM
Lepas lubnan, negara mana pulak?
Decaffeinated replied at 30-11-2024 03:36 PM
Nak gencatan macam mana dah korang pun sokong Hamas, berbekalkan sorakan dari Malaya. Hadap ja lah p ...
ADVERTISEMENT