Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata dia tetap merasa segan dengan gelaran biduanita negara meskipun layak menerima pengiktirafan berkenaan. Memetik Oh Bulan, Siti berkata beliau tetap Siti yang sama dan mahu disapa dengan panggilan nama sahaja serta menganggap dirinya masih lagi seperti insan biasa. “Segan sebenarnya dengan gelaran biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa. Saya tetap Siti Nurhaliza yang balik ke rumah kena buat susu anak, memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu rumahtangga. “Dalam masa sama, saya juga masih menjual barang di TikTok kerana itu adalah tanggungjawab,” katanya. Sementara itu, Siti meluahkan rasa syukur dan tidak pernah terlintas diberikan pengiktirafan tersebut sebaliknya hanya berusaha sebaik mungkin sepanjang bergelar anak seni. “Bagi saya anugerah akan datang dengan sendirinya apabila kita bekerja keras. Bukan tidak menghargai watikah diberikan, saya bersyukur dan ini satu penghormatan yang besar.
“Tak terlintas pun akan diberikan pengiktirafan sebesar ini kerana saya lebih utamakan kepuasan peminat, hati saya senang jika melihat peminat berpuas hati dan terhibur,” katanya. SUMBER: Oh Bulan, Rotikaya |
noor2: Subhanallah..lawa sungguh CT n ...
imransulaiman replied at 30-11-2024 01:07 PM
Masya Allah! Dia memang cantik kak noor. Depan mata lagi cantik.
Dulu zaman study (awal tahun 2000/ ...
noor2 replied at 30-11-2024 03:28 PM
Iya memang x dinafikan.....kalau dia kuruskan balik badan terpelanting semua artis2 lain..hehe
imransulaiman replied at 30-11-2024 07:49 PM
Hahahaha lawak kak noor
Sekarang pun masih ramai yang boleh terpelanting oleh dia...baik ar ...
noor2 replied at 30-11-2024 09:10 PM
Betul la tu ...cuba kalau CT sanggup buat bariatric....tp jgnla..nk kurus biar naturally...bukan c ...
ADVERTISEMENT