CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, 16 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka

1-12-2024 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 41346| Komen: 9

 


RAUB – Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 16 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub malam semalam.

Difahamkan punca utama kejadian banjir tersebut adalah akibat kepala air yang turun serentak di Sungai Dong dan Sungai Gali.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub berkata, seramai 450 mangsa daripada 145 keluarga berlindung di PPS terlibat.

“Antara PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Ulu Jelu yang menempatkan 87 mangsa, Balai Raya Kampung Pamah Rawas (8) dan Balai Raya Kampung Bukit Pampong (21).

“Selain itu seramai 141 mangsa berlindung di PPS Masjid Kampung Pintu Padang, Dewan Lechar (78), Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang (98) dan Balai Raya Kampung Peruas (17),”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, jumlah terkini mangsa sedang dikemas kini berikutan operasi pendaftaran banjir masih dilakukan.


“Antara PPS yang terlibat dalam operasi pendaftaran banjir yang masih dilakukan ialah Balai Raya Kampung Pamah Kulat, Balai Raya Kampung Kuala Keloi, Pusat Kegiatan Kemas Gali, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Serbaguna Kampung Ulu Gali, Dewan Dato Seriwa Pasir Bayam, Masjid Bukit Pampong, Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar, Balai Raya Kampung Sungai Pasu dan Dewan Ulu Gali.

SUMBER: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-12-2024 08:53 PM
Banjir di central Pahang biasanya tunggu air turun dari gunung.
Quote maklukpenggoda 1-12-2024 10:38 PM

[twitter]https://twitter.com/beritartm/status/1863225144287838431?s=61[/twitter]
Quote aavakateimani 2-12-2024 06:58 AM
satu negara dah banjir
Quote aavakateimani 2-12-2024 06:58 AM
hati2 dlm banjir
Quote Kitty_catz 2-12-2024 11:05 AM
tape.. nanti makcik azmee masak2 utk korang
Quote sayurmayur88 2-12-2024 11:16 AM

tak lah satu negara oi..
Quote edayildiz 2-12-2024 12:18 PM
hati hati semua...
jgn lupa amek pet anda
Quote Decaffeinated 3-12-2024 02:56 PM

Kecuali Penang.

Quote dekmieDandy 4-12-2024 08:59 AM
air dah menghilir nak gerak ke laut, sebelum ni belah raub dah banjir, tengah turun lalu raub-bentong-temerloh-kuantan

hopefully tak teruk macam 2021, dekat karak pun boleh banjir

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.031258 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top