CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak sia-sia ramai founder produk Kelantan, semua turun padang bantu mangsa banjir

1-12-2024 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 45421| Komen: 27

 


PETALING JAYA – Beberapa figura terkenal, terutamanya para usahawan dan pengasas dari negeri Kelantan, tampil memberikan sokongan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Antara yang mencuri tumpuan adalah pengasas Sambal Nyet, Khairul Aming, yang tidak ketinggalan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas, pakaian, dan makanan.

Begitu juga dengan pengasas produk Ufora, Madam Supia Saupi, serta pengasas WNA Beauty, Wan Nur Amirah, yang turut tampil memberikan bantuan dan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir.

Selain menyumbang barangan keperluan, mereka juga turut memasak dan menghantar makanan seperti bihun goreng, daging belengas dan sebagainya kepada mangsa banjir yang menetap di pusat pemindahan sementara (PPS).

Tindakan murni ini mendapat sokongan dan pujian daripada netizen, yang menghargai impak positif yang telah dibawa kepada masyarakat.


“Allah beri anak Kelantan yang berjaya, walaupun mereka tinggal di luar negeri, mereka tetap menyumbang untuk negeri kelahiran mereka,” kata Wawa.

“Walaupun saya bukan orang Kelantan, saya tetap bangga dengan ‘founder-founder’ anak Kelantan. Islam mengajarkan kita untuk menjadi kaya dan membantu orang lain dengan harta kita.” ujar Ruby.

“Ya Allah, terharu melihat anugerah Allah buat orang Kelantan. Insan-insan yang baik ini sudi berkongsi rezeki dengan yang memerlukan. Semoga mereka dimurahkan rezeki, Aamiin.” tulis Cahaya. 

Sumber : KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 1-12-2024 02:16 PM
Tok bida tanak datang kerrr???
Quote hokeypokey 1-12-2024 02:18 PM
Edited by hokeypokey at 1-12-2024 02:20 PM

double post
Quote honam 1-12-2024 02:47 PM
dah tengelam YB YB semua
Quote wikedsaikel 1-12-2024 03:44 PM
KA punya kilang kat kelantan ke
Quote hyie 1-12-2024 03:59 PM
ni memang sebahagian daripada community service diorang pun.
Quote orkid_amani 1-12-2024 05:26 PM
Td ada masuk live KA tengok operasi agihan bantuan makanan dekat tempat yg terjejas.nampak terurus & lancar proses packing barang2 bantuan. Org komen dekat live letak no pic dekat petempatan banjir terus KA mintak Nina kol utk details. Terus hantar bantuan. Tp tuu la td stock makanan tak cukup KA kena beli sendiri..boss mydin ada masuk live bgtau KA boleh ja ambik barang dekat mydin dulu pakai credit note nti
lepas banjir baru setel payment
Quote Decaffeinated 1-12-2024 08:19 PM
mereka juga turut memasak dan menghantar makanan seperti bihun goreng, daging belengas dan sebagainya kepada mangsa banjir

@edayildiz daging berlengas sila senyum sinis
Quote orkid_amani 1-12-2024 09:40 PM
Nak tanya daging belengas ni sebetulnya rasa apa? Tuhari ada ikut resepi kat tt mcm masak kicap jaa cuma + sos cili & sos tomato..so ada rasa masam manis sikit laa..kicap tu buat daging jd caramel & crispy.
Quote dua_chzy 1-12-2024 09:42 PM
Khairul tu ja aiol pandang tinggi.

Yang lain2 tu ai skeptikal lagi2 yang datang pi pusat bantuan bergaya macam nak pi Taman Tema bersalji ja.
Quote makadek 1-12-2024 09:45 PM
orkid_amani replied at 1-12-2024 05:26 PM
Td ada masuk live KA tengok operasi agihan bantuan makanan dekat tempat yg terjejas.nampak terurus & ...

dana dia dpt banyak dh ade individu sumbang cina yin menda dah dlm puluh2 k
Quote kotakbaju 1-12-2024 09:56 PM
dua_chzy replied at 1-12-2024 09:42 PM
Khairul tu ja aiol pandang tinggi.

Yang lain2 tu ai skeptikal lagi2 yang datang pi pusat bantuan be ...

Haha. Macam melawat rumah igloo pun ada. Tengok pakaian tu sesuai sangat dah
Quote FrikoE 1-12-2024 10:29 PM
makadek replied at 1-12-2024 09:45 PM
dana dia dpt banyak dh ade individu sumbang cina yin menda dah dlm puluh2 k

Pin Yang
Quote sukacactus 1-12-2024 10:38 PM
KA tu je yg aku kenal
Tp bagus la kalau dah senang, xsenang sorang
Masih igt pada yg susah
Quote makadek 1-12-2024 11:28 PM
aku lebih rela tgk KA dri yebit eeyewww tkde nk tunggang agamaaa...KA Lbh real mcm kita2 so bole blend kalau dgn yebbit kena hipo lak mood
Quote LadyCarefree 1-12-2024 11:38 PM
dua_chzy replied at 1-12-2024 08:42 PM
Khairul tu ja aiol pandang tinggi.

Yang lain2 tu ai skeptikal lagi2 yang datang pi pusat bantuan be ...

Kan? Tp sejak dia rate kulit cik B 9/10 iols dah jd kureng dgn dia.
Quote aavakateimani 2-12-2024 06:55 AM
ramaiya faundar kelamtam
Quote aavakateimani 2-12-2024 06:55 AM
buat la lagu banjir
Quote IzzahF 2-12-2024 08:20 AM
orkid_amani replied at 1-12-2024 09:40 PM
Nak tanya daging belengas ni sebetulnya rasa apa? Tuhari ada ikut resepi kat tt mcm masak kicap jaa  ...

mcm masak kicap ja chuols, cuma dia tak buh kicap dia buh segala sos tiram sos tomato sos cili. kita panggil daging goreng pedas je...simple takde nk drama sgt
Quote orkid_amani 2-12-2024 08:24 AM
IzzahF replied at 2-12-2024 08:20 AM
mcm masak kicap ja chuols, cuma dia tak buh kicap dia buh segala sos tiram sos tomato sos cili. ki ...

Itu laa kn..aaii siap explain dekat ank & hubby ni resepi tt viral daging belengas skali diorang makan cakap sama ja rasa dgn masak kicap tp manis sikit laa sbb dlm resepi ada letak gula

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079371 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top