CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

3 anak Wawa Zainal, Aeril Zafrel terima hadiah 1 unit kondominium setiap seorang - "Itu adalah untuk masa depan mereka"

1-12-2024 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49089| Komen: 77

 


Bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin, pelakon dan usahawan Wawa Zainal bersama suami iaitu Aeril Zafrel telah menyediakan dua unit kediaman buat anak mereka iaitu Soffya dan Fahri sempena sambutan hari jadi tahun ini.

Jelas Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, rumah yang dibeli di Bangi, Selangor jenis kondominium itu dijadikan sebagai persiapan untuk kegunaan anak-anak apabila dewasa kelak.

“Kali ini kami bagi anak-anak rumah dan itu adalah untuk masa depan mereka. Setiap seorang kami sudah sediakan sebuah rumah jenis kondominium di sekitar kawasan Bangi.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Jadi kami memang merancang melakukan persediaan untuk mereka.

“Soal harga, tidak terlalu mahal. Kalau boleh tidak perlu diceritakan tentang itu. Bagi kedua-dua rumah itu kami sudah pun meletakkan nama mereka,” katanya kepada Kosmo! Online.



Wawa yang ditemui dalam majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor hari ini turut menegaskan tentang kepentingan membuat simpanan untuk anak-anak.

Katanya, duit yang disimpan itu adalah bagi tujuan pendidikan atau waktu kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa.

“Sebenarnya setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing, tetapi saya dan Aeril tidak pernah lupa menyimpan wang untuk mereka pada setiap bulan.

“Seperti saya katakan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Jadi kami pilih untuk buat persediaan dan wang itu boleh digunakan untuk kegunaan pendidikan atau kecemasan.

“Sejujurnya saya tidak sangka setelah sekian lama menyimapan, tanpa sedar dah banyak duit simpanan anak-anak,” ujarnya.

Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, tiga tahun.

Dalam perkembangan lain, Wawa turut teruja melancarkan produk terbaharunya, krim pelindung sinar matahari iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set.

Sebanyak 100,000 unit krim pelindung untuk kanak-kanak diberikan secara percuma dengan setiap pembelian Wawa Sunscreen.

Diformulasi secara mineral, Wawa Mummy Baby Sunscreen dipercayai bersesuaian untuk kulit sensitif. 

Sumber : KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-12-2024 01:18 PM
Edited by dua_chzy at 1-12-2024 05:20 AM

Bukan main retis dan seleb sekarang ini kaya nak mampus. Siti Nurhaliaza first 10 years jdik retis dulu pun takda kaya ini macam. Sendu takda produk seni sangat macam meka pun berduit bukan main padahal bukan dari femli old money.

Sapa tangan2 ghoib di sebalik retis ngan seleb Melayu muda yang kaya raya hasil produk timbang kilo ini?
Quote syakuntala 1-12-2024 01:28 PM
Kondo perjanjian dia 99 thn... Anak lmbt lg nk dewasa....  Mgkn beli area kl
Quote slyfynx 1-12-2024 02:01 PM
Of course tanak kalah tunjuk kaya.
Kene eh skrg ni ape2 bg kat anak cite kat orang lain.
Bodo x bertiang korang ni.
Sekali kene CSI kot ade yang terbongkar kot nanti mcm yang lain2.
Quote orkid_amani 1-12-2024 02:04 PM
Sejak ada brand bzu bzu baru ank aii pakai sunscreen..sunsplay tu mm sesuai utk p pantai ja..bzu ni sesuai utk pakai daily p sekolah
Quote hokeypokey 1-12-2024 02:09 PM
bagus la beli kondo utk anak, kalau beli kondo utk penyondol baru kita kecam..
Quote Piramida 1-12-2024 03:33 PM
Baguslah... Habis bayar dulu baru claim sebagai hadiah. Ke beli cash?
Quote naina 1-12-2024 03:38 PM
Untunglah. Aku kalau kaya pun pasti belikan tanah setiap sorang 2 ekar at least siap ada pokok yang menghasilkan wang.
Quote kepompong 1-12-2024 03:50 PM
kondo ada maintenance fee... dah abes bayar pun tetap ada komitmen. tapi dorang kaya (based on apa yg ditunjuk kat socmed) apedehal
Quote sfrnna 1-12-2024 03:53 PM
Dok senyap jela. Tak takut ke anak2 jadi target org2 hati busuk. Meols kalau duit banyak giloss takut nak cerita kat org.
Quote cicicumel 1-12-2024 03:53 PM
Percaya je dorg ni kaya ..tgk founder brand sendu pn jutawan, deols lagilah..
Quote virgo19 1-12-2024 03:56 PM
Piramida replied at 1-12-2024 03:33 PM
Baguslah... Habis bayar dulu baru claim sebagai hadiah. Ke beli cash?

Cash la kot kan.. sbb dah siap2 letak nama anak. Kalau loan mestilah atas nama parents kan
Quote axhiology 1-12-2024 04:11 PM
alahai bosannya berita laki bini ni.. nak kagumkan apa ni.. produk pun sendu je
Quote Lampuled 1-12-2024 04:23 PM
Edited by Lampuled at 1-12-2024 04:24 PM

Bagus la tak boros ke beli yg bkn². Beringat utk anak. Ada org duit hari ni joli hari ni. Anak² nnti pandai² la gali duit sendiri. Mmg takde rasa nk menyimpan utk anak².
Quote mrsLucky 1-12-2024 04:23 PM
dua_chzy replied at 1-12-2024 01:18 PM
Bukan main retis dan seleb sekarang ini kaya nak mampus. Siti Nurhaliaza first 10 years jdik retis d ...

True...Siti kita tak heran lepas beberapa tahun dia work hard baru nampak dia kaya raya...dapat beli property di Dubai..

This couple...baru berberapa tahun ni jer dengar she ada skin care Wawa..dah kaya giler..
Quote alieyrina 1-12-2024 04:24 PM
Sekarang ramai org main sihir. Kira benda normal di kalangan org melayu ni. Sebelum posting apa2 baik fikir masa nk upload gambar, video tu korg nak bagitau apa sebenarnya
Quote stania83 1-12-2024 04:31 PM
Jgn pakai sunscreen, perlukan vitamin D dari matahri utk elak pelbagai penyakit
Quote Lampuled 1-12-2024 04:34 PM
Btw retis skrg ni yg kaya byk yg business tudung and products timbang kilo yg hujung² tahun clearance sales. Tp dia punya show off kaya tu mcm level tokey jakel,tokey nestle.
Quote dedek12 1-12-2024 04:39 PM
Kaya betoi eh retis skrg
Quote doodlediddle 1-12-2024 04:44 PM
dua_chzy replied at 1-12-2024 01:18 PM
Bukan main retis dan seleb sekarang ini kaya nak mampus. Siti Nurhaliaza first 10 years jdik retis d ...

Betul setuju!!!!! Sape lah jugak yg dok beli2 barang2 deme ni? So far none within my families and friends. (Close friends lah)
Agent beli Lepas tu kambus belakang rumah x?
Aku x kesah orang byk duit tapi selari lah dgn business and kudrat (keje 9-6). Mcm dia ni mcm terlalu luxurious sgt, and so I’m skeptical yachhhh

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.483434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top