CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya memang lempang semua murid, tak suka boleh pergi sekolah lain' - Wanita dakwa anaknya telah dilempang pengetua

1-12-2024 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48971| Komen: 69

 


PETALING JAYA – Penggemar sukan lasak, Tahira Najmunisaa Muhamad mendakwa anaknya telah dilempang oleh pengetua gara-gara terlewat hadir ke sekolah.

Katanya, ketika kejadian cuaca hujan lebat dan hanya satu sahaja pintu dibuka sehingga menyebabkan berlaku kesesakan akibat ramai penjaga menghantar anak mereka menggunakan kereta.

Bercerita lanjut, Tahira memberitahu dia sempat hadir ke sekolah untuk bersemuka secara tertutup dengan pengetua terbabit bagi meminta penjelasan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pengetua itu dikatakan mula bercakap dengan nada kasar sehingga menyindir Tahira sekiranya tidak selesa dengan caranya ‘mendidik’ pelajar, boleh memohon untuk berpindah ke sekolah lain.

“Saya memang lempang semua murid, kalau tak suka cara saya, boleh pergi sekolah lain,” kata pengetua terbabit yang diceritakan semula oleh Tahira menerusi video dimuat naik di Instagramnya kelmarin.


Pemenang pingat perak acara duathlon di Sukan Sea Hanoi 2022 itu berkata, anaknya kini mengalami trauma akibat insiden tersebut sehingga takut ke sekolah kerana bimbang dibuli oleh pengetua terbabit.

“Seminggu dia tak nak pergi sekolah, dia kata kenapa ada buli macam ini. Dia sampai rasa ‘down’, trauma.

“Bukan ini cara nak mendidik, bukan dengan cara lempang budak sesuka hati,” katanya.

Tambahnya, dia dan suami sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut agar ia menjadi pengajaran kepada guru-guru yang lain. 

 

Sumber : KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 1-12-2024 01:24 PM
Kalau zaman dulu2 apalagi simbah air longkang kat anak cikgu
x dpt balas bapak, anak boleh
Quote dua_chzy 1-12-2024 01:35 PM
Dengar cite sebelah pihak dulu.
Quote dua_chzy 1-12-2024 01:38 PM
Edited by dua_chzy at 1-12-2024 05:40 AM

Takda makna la pengetua nak lempang anak kau sebab lambat datang sekolah ja. Propah. Sekolah aku stodent datang pukul 8 pagi baru terjojol muncul depan pintu kelas pun senyum2 je masuk kelas, tapi kena tabah hadap perlian cikgu la dengan ayat2 seperti - aik, apsal tak datang jam doblas tengahari ja? - Ah gitu.
Quote nikaido 1-12-2024 01:56 PM
dua_chzy replied at 1-12-2024 01:38 PM
Takda makna la pengetua nak lempang anak kau sebab lambat datang sekolah ja. Propah. Sekolah aku sto ...

sesetengah cikgu memang mental. aku dgn member kelas kena lempang tanpa sebab oleh cikgu disiplin time form 5 masa otw ke tandas. cikgu tu kenal kami pun tidak tetiba je lempang masa selisih dgn dia. sampai bila2 pun aku xmaafkan harap celaka tu mati dgn hina
Quote dua_chzy 1-12-2024 02:01 PM
nikaido replied at 1-12-2024 05:56 AM
sesetengah cikgu memang mental. aku dgn member kelas kena lempang tanpa sebab oleh cikgu disiplin  ...

Astagafirullahalazimmmmm

Sukor tempat meols bertugas dulu dan sekarang takda pangai gini.

Tapi sekolah lain di tempat meols ada. Ye la. Memang tak dinafikan hada cikgu gila semulajadi. Macam ex cikgu Fizik meols. Dia tak puas hati murid dia (atlit) berlatih di padang tak masuk kelas dia, tak semena2 dia pi carik dan tumbuk budak ti kat tengah padang. Ujung2 pengetua juga penat rayu sana rayu sini jangan kasik panjang cerita (aka report polis).
Quote slyfynx 1-12-2024 02:03 PM
Semenjak PKP hr tu, dtg lambat pun masih consider hadir. Yang masuk sejam lewat pun sengih je masuk kelas.
Quote hokeypokey 1-12-2024 02:12 PM
tak tau nk sokong sapa, sbb kena dengar 2-2 pihak.. pengetua tu lempang manja or lempang sampai berbekas tergeliat kepala??
anak dia tu nk tau jugak jenis budak dh biasa kena marah or budak manja yg tak pernah kena jentik??
Quote MisXoXo 1-12-2024 03:16 PM
Cikgu2 toxic wujud.esp kalau lama bertukun kt sek tu xpindah2.ada kes bdk2 tahap 1 kena bukak seluar sbb xsiap keje katanya.eh yg kena yg muka jambu2.parents report gb.cikgu dipndhkan ke tpt lain.cikgu2 salahkan bdk2 tu dn ckp sbb bdk2 tu degil.ehh..hbs mak bdk2 terlibat dn sapa terlibat kena palau..disalahkan..alasan bdk2 tu degil.ko bio betik..jd bukak seluar bdk.pegang bebird tu dibolehkan ke mksdnya..cer kena kt ank2 cikgu..ko nk ckp apa plak.eh mentang bdk2 tu ank org2 biasa..ko cover kwn ckp bdk2 tu degil.walhal kalau tgk..bdk2 yg kena semua jambu2.so..wujud ya cikgu2 toxic ni.bertukun lama sgt kt sek sama dn selesa sgt xnk keluar.tu jd gitu.satu part..mmg kena dgr 2 pihak..tp pelempang bdk tu patut ke eh.jgn ckp bdk manja apa.so ank2 kowamg blh kena lempang lah eh..
Quote zehra2 1-12-2024 03:31 PM
skolah mana tu...ntah² pengetua nya mak datin. kabel besor putrajaya.
tp skrg ramai pengetua wajib ada npqel.
tkde nya naik ikut time based.
Quote blekkep 1-12-2024 03:35 PM
hokeypokey replied at 1-12-2024 02:12 PM
tak tau nk sokong sapa, sbb kena dengar 2-2 pihak.. pengetua tu lempang manja or lempang sampai berb ...

x kisah salah apa pun cikgu tak boleh lempang..sentuh muka is no no yach!kalo rotan tgn kah, kaki kah aiols bleh terima
Quote sfrnna 1-12-2024 03:50 PM
Meols x suka la kalau org cakap budak2 sekarng lembik ke apa x macam dulu. Dah diorg generasi lain, cara mengajaran pun kena selari la dgn budak2 zaman sekarang. Dah zaman sekarang x boleh kuna kekerasan, korg guna la teknik lain la. Pastu budak skrg pun dah celik teknologi. Pembelajaran pun kena celik teknologi laaa. Bukan guna teknik zaman kuno. Sorry Meols takda anak tp berdasarkan pemerhatian je. Mohon jgn kecam.
Quote cm_vungtau 1-12-2024 03:56 PM
sfrnna replied at 1-12-2024 03:50 PM
Meols x suka la kalau org cakap budak2 sekarng lembik ke apa x macam dulu. Dah diorg generasi lain,  ...

Betul. Bukan budak sekarang lembik, tapi budak2 dulu2 yang kena abused gila2. Kena belasah tali pinggang ke, kena lempang pun diam aje. Zaman ni mak bapak dah celik sikit. Dulu mak bapak pun diam aje anak kena lempang
Quote hokeypokey 1-12-2024 04:13 PM
blekkep replied at 1-12-2024 03:35 PM
x kisah salah apa pun cikgu tak boleh lempang..sentuh muka is no no yach!kalo rotan tgn kah, kaki  ...

ohh macam tu ke.. iols tak tahu bab tak bleh sentuh muka tu.. camtu mmg pengetua la yg salah, nape tak rotan tangan or kaki jer kan..
Quote telracs 1-12-2024 04:33 PM
sfrnna replied at 1-12-2024 07:50 AM
Meols x suka la kalau org cakap budak2 sekarng lembik ke apa x macam dulu. Dah diorg generasi lain,  ...

Tiber rasa nak buat satu apps depan pagar sekolah...

Semua murid nak masuk kena lalu pintu siap ada kawalan kamera waktu dan tangan robot...

Masuk ada scan muka dan waktu hadir... tu penting jadi bahan bukti...
Siapa lambat, tangan robot terus ketuk je kepala dia...

Keluar pun sama...

Guna untuk semua cikgu, pelajar dan staff ..

Baru ada akal...

Bila Malaysia nak maju cenggitu...
Quote Decaffeinated 1-12-2024 04:34 PM
ayat so melayu, macam biasa ku dengar. tak suka sila migrate.
Quote any42 1-12-2024 04:39 PM
MisXoXo: Cikgu2 toxic wujud.esp kalau l ...


Gila ape kena buka sluar eh. cikgu2 yg backup pbuatan cikgu mcm tu klau kena kt ank sndri nk gelak2 blapang dada ke agknya. teguran secara makian, tengking & hkuman smpai mmalukn bdk dpn org rmai mmg sgt mngganggu emosi n mental bdk2 yg akn tbawa2 smpai dewasa. bkn kata xleh nk mrah atau hkum tp biar la ade boundaries dan bpada2.
Quote iman_kasih 1-12-2024 04:40 PM
Bagi iols kalau dah sampai ke media seeloknya pindahkan anak. Anak pun trauma kan katanya.
Quote fattymah 1-12-2024 04:45 PM
Anak iols cerita kena marah dengan guru suruh senyap.. dia kata dia duk diam sepatah pun tak cakap.. tiap kali subject math lak tu..
Quote TomyamPuteh 1-12-2024 04:46 PM
Nanti bila ank join PLKN, dia komplen jurulatih pulak.

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.251375 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top