CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cemerlang sahut cabaran sambung surah al-Mulk, Nora Danish dilambung pujian - “Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi"

2-12-2024 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11512| Komen: 22

 


Terus menyuntik inspirasi, pelakon Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan kebolehannya menghafal salah satu surah dalam Al-Quran iaitu Al-Mulk.

Menerusi video dalam TikTok, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, menyahut cabaran pempengaruh Qawiy yang memintanya menyambung bacaan surah tersebut.

Tanpa teragak-agak, Nora dapat membaca surah itu dengan lancar, sekali gus menerima pujian daripada Qawiy.

“Masya-Allah, banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah.
“Kami seronok lihat perubahan Nora,” ujarnya.

Mengakui masih belajar, pelakon filem Sayu Yang Syukur itu berkata, mendalami Al-Quran memberi kesan besar dalam penghijrahannya untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.

“Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi. Yang itu (perubahan) adalah atas doa-doa anda semua. Terima kasih.


“Apa yang saya belajar melalui penghijrahan ini ialah sentiasa dekatkan diri dengan Al-Quran kerana kalam Allah ini adalah pendamping kita nanti,” ujarnya.

Tidak sekadar menghafal surah, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi zikir yang menjadi amalannya sehari-hari.

“Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir Jami at Tirmidhi.
“Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.

“Saya berubah pun disebabkan ramai orang baik ada dekat dengan saya. Berhijrah senang, istiqamah itu susah, jadi tolong doakan saya. Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah,” ujarnya.
Video tersebut mengundang
reaksi positif netizen yang rata-rata memuji usaha aktres tersebut mendalami ilmu agama selain kagum dengan perubahan positif dalam kehidupannya.

“Masya-Allah, bagus bacaannya. Kena baiki sikit je lagi. Seronok tengok Nora berubah macam ini. Semoga istiqamah sampai akhirnya,” tulis seorang netizen.
“Teruskan berusaha cari ilmu Nora, bahagia lihat awak sekarang, nampak tenang,” komen seorang pengguna media sosial.

Perjalanan spiritual Nora menjadi inspirasi ramai, sekali gus membuktikan usaha mendekatkan diri kepada Allah mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang. 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 2-12-2024 09:38 AM
hmmmmmmm
Quote AkokKocik 2-12-2024 10:26 AM
Yawn....
Quote bedahmenjuyah 2-12-2024 10:37 AM
Okayyyyy
Quote red_velvet 2-12-2024 10:42 AM
Orang nak berubah jadi baik kita sokong... Semoga terus istiqamah nora... Peminat2 nak puji tak salah tapi jangan lebih2 macam menyembah pula .  Hati manusia ni Allah yang pegang... Nanti cabut tudung macam nelyda &  aprena korang jugak yang meroyan.. Cek tudung masing dulu.. Cukup labuh ke @ selimpang cekik leher jurr...
Quote red_rum 2-12-2024 11:59 AM
Ini bukan gossip!
Quote airmineral 2-12-2024 12:03 PM
hati2 nora, takut terpesong niat nnt
hati kita ni paling susah nak jaga
Quote noor2 2-12-2024 12:03 PM
Lagi kuat manusia nk berubah, lagi kuat ujian dtg...
Quote xtinkerbellx 2-12-2024 12:08 PM
Semoga beristiqomah..
Quote ira_229 2-12-2024 12:13 PM
Rasanya dia cuma sahut cabaran influencer yg selalu suruh sambung surah yg diketengahkan..I pon follow dia, suka tengok orang yg hafal alquran.  Nora pun tak lah nmpk mcm ter...dia masih merendahkan diri..korang jgn lah asyik nk condemn dia..doakan yg baik2..semuga dia terus istiqamah mcm adik beradik umi aida..dulu diaorang pun terror..tapi sekarang semua dah cuci tangan..semuga terus begitu..takde pun nmpk mereka mcm terrrrr..
Quote toynme 2-12-2024 12:33 PM
bagus la dia
suka suka saya sokong
Quote Joysparta 2-12-2024 02:02 PM
Masih terlalu awal cik nora.
Quote HelgaPataki 2-12-2024 02:12 PM
Semoga istiqomah dan cari circle yg betul.
Quote anarina 2-12-2024 08:11 PM
Boned ke yg menjadi batu penghalang penghijrahan sheols ye?
Quote LDP 2-12-2024 09:29 PM
Nowaaa
Quote pinksarah 2-12-2024 09:29 PM
Lawa dia pakai hijab mcm ni,bentuk muka sesuai
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:29 AM
itu adalah proses. pelan2 kayuh
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:30 AM
aku pun sorang pendosa yg ingin ke syurga
Quote brainbiru 3-12-2024 08:34 AM
Benda baik kita sokong je lah
[ig]https://www.instagram.com/reel/DC9GBtVSVSK/?igsh=MTVtYWJlYjJtemYxcg==[/ig]
Quote crazypink 3-12-2024 12:02 PM
Semoga terus istiqomah Nowa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.039053 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top