CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Takkan mahu tunggu mati lagi’ - Lambakan jalan berlubang di sekitar Pelabuhan Klang semakin membimbangkan

2-12-2024 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20951| Komen: 19

 


KLANG – Lambakan jalan berlubang di sekitar Pelabuhan Klang dilihat semakin membimbangkan kerana boleh mengakibatkan kemalangan maut kepada penunggang motosikal yang melalui laluan tersebut.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang , Azmizam Zaman Huri berkata, beliau berasa kecewa tiada unit rondaan JKR melakukan pemantauan termasuk terdapat aktiviti penampalan pada lubang itu.

“Kalau saya boleh buat (meronda lihat lubang-lubang yang belum ditampal) takkan Ketua Pengarah JKR tidak boleh buat.

“Adakah tunggu orang mati lagi (baru tampal). Jadi, saya beri seminggu untuk lihat semua lubang-lubang di Pelabuhan Klang ditampal,” katanya menerusi aplikasi TikTok.

Beliau menegaskan, hari Ahad adalah waktu yang sesuai untuk kerja-kerja pembaikan jalan ekoran tidak mempunyai banyak kenderaan.

“Lihat jalan di atas jambatan di Jalan Kem menghala Northport yang berlubang di sana- sini. Jalan berlubang ini tambah berbahaya pada waktu malam dan hari hujan jika ia dilanggar penunggang motosikal,” jelasnya.


Mengulas lanjut, Azmizam dalam video terbaharu itu turut menggesa agar struktur ‘expansion joint’ yang terjejas turut segera diperbaiki. 


SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 2-12-2024 03:56 PM
6 hari seminggu hujan agak2 la kau nak glemer enterprem pon
Quote tri-max 2-12-2024 04:38 PM
laluan lori2 kontena
wat u eksepekted
claim la balik ngan tokey2 lorry sekalian
depa untung jota jota kot
Quote kasibiman 2-12-2024 04:57 PM
tri-max replied at 2-12-2024 04:38 PM
laluan lori2 kontena
wat u eksepekted
claim la balik ngan tokey2 lorry sekalian

kerja gomen la bodoh asalnya.
katanya alasan hiway bagus. boleh handle berat lebih tinggi.

gomen / pak menteri lupa lori bukannya ambil barang kat plaza tol turun barang kat plaza tol. segala mcm lorong, denai, batas, semak semua dia balun jugak.


Had BDM beberapa kenderaan perdagangan dinaikkan
Mac 13, 2017 @ 3:19pm

ALOR SETAR: Kadar had Berat Dengan Muatan kenderaan 'decontrolled' di negara ini dinaikkan daripada lima tan kepada 7.5 tan, berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan had berat muatan antara satu dan enam tan bagi kenderaan perdagangan dua hingga enam gandar di Semenanjung Malaysia.

"Kenaikan had berat ini membolehkan kos pengangkutan dikurangkan sebanyak tujuh peratus seiring dengan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan kos barangan pengguna," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya di sini hari ini.

Katanya, kerajaan yakin langkah itu akan memastikan sistem jaringan kenderaan barangan di Malaysia dapat berkembang dengan lebih pesat dan efektif.

Mengulas kenaikan had muatan, Liow berkata bagi kenderaan dua gandar, tiga gandar (rigid/tegar) dan tiga gandar (articulated/bersendi) masing-masing dinaikkan satu tan kepada 19, 27 dan 31 tan.

Bagi kenderaan empat gandar pula, had muatan dinaikkan dua tan kepada 39 tan, lima gandar dinaikkan lima tan kepada 45 tan dan enam gandar dinaikkan enam tan kepada 50 tan.

Katanya, keputusan terbabit dibuat selepas mengambil kira cadangan pihak industri pengangkutan dan pengusaha kenderaan perdagangan.

"Untuk kadar berat muatan bagi kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawak, perkara ini masih diteliti oleh kementerian saya dan Kementerian Kerja Raya memandangkan banyak jambatan dan jalan raya di negeri-negeri berkenaan belum dinaik taraf," katanya.



Quote rossa_queen 2-12-2024 05:38 PM
Korang ni...dapat wakil rakyat yang bagus turun padang dicop gelenyar la nak glamour la.  Padahal dia ni dah lama bising pasal hal ni. Korang takkan tak perasan jalan kat Selangor ni teruk sangat lubang sana sini especially area port klang.  Memang JKR nak kena hantuk kepala baru nak buat kerja agaknya. Tak kira lah lori berat ke apa ke tugas JKR lah buat jalan ikut spesifikasi yang sesuai.  Betul tak?

Kalau bab monitor jalan highway pandai betul KKR ni. Jalan bawah jabatan sendiri ke laut.
Quote hokeypokey 2-12-2024 06:10 PM
bagus ler wakil rakyat buat kerja
Quote Thunderclouds 2-12-2024 06:58 PM
Ujung² penduduk setempat amek initiative tampal guna simen pakai modal sendiri.
Larat ke nk guna jln tu hari² ibarat cm mengelak periuk api.
Acap² terjun lopak/lobang jahaman keta.
Quote ashilalat 2-12-2024 07:32 PM
Highway penghubung pelabuhan barat ke pelabuhan utara, bukan takat jalan berlubang. Pakej sekali dgn x de lampu jalan. Pastu kalau ujan terlalu lebat, atas jambatan nya boleh banjir sampai kereta x  boleh lalu. Atas jambatan ye. Bukan bawah jambatan. Teruk betol facilities di pelabuhan ke 10 paling sibuk di dunia.
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2024 07:38 PM
Ummah Sabah tersenyum sinis
Quote L.U.S.M 2-12-2024 07:54 PM
rossa_queen: Korang ni...dapat wakil rakyat ...


Louder sis
Quote ajinomotonosuga 2-12-2024 09:21 PM
suruh KJ naik beskal situ..bawak lajuuu..arap eksiden n kasik viral
Quote Decaffeinated 2-12-2024 09:38 PM
Alasan lori kontena, jalan Singapore banyak berlubang tak?

Quote aavakateimani 3-12-2024 08:10 AM
perangkap maut
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:10 AM
ni sampai ajm pun tak selesai
Quote rospinki 3-12-2024 03:53 PM
ckp pasal port kelang ni kan seafood tanjung harapan wujud lagi ke chu ol?
Quote babelina 4-12-2024 01:08 PM
Edited by babelina at 4-12-2024 01:10 PM
rossa_queen: Korang ni...dapat wakil rakyat yang bagus turun padang dicop gelenyar la nak glamour la.  Padahal dia ni dah lama bising pasal hal ni. Korang takkan t ...

omg.. mmg btl.. jln kt Selangor jgn ckp la belah2 port klang tu dh sah2 la lori besar2.. kt Klang.. kt Pekan Kapar.. Jln menuju ke Kuala Selangor tu semua haukkkk.. jln dalam jln luar sama jer hauk nya.. longgar la skrew2 keta moto klau kesana.. tu lum lg lampu jln foreverrrrrrrrrrrrrrrrrr x hidup!!! rumput kiri kanan jln tinggi.. traffic lite ada cpt ada lmbt ada sukahati mak bapak dia.. byk la nk dickp kn sbnrnya..

Quote BungaKencana 4-12-2024 04:42 PM
dorang ni mmg takde / tak nak buat kajian ke berkenaan jalan raya? struktur tanah, bahan2 buat jalan bagai tu.. no wonder la lando bg wutoh je dkt geng2 ni.. bile kne bahan melenting.. jwtn nk sedap tp buat keje cincai wlpn bg subcon xkn kau tak pantau
Quote black_handbag 4-12-2024 05:26 PM
musim2 hujan ni banyak sungguh jalan rosak. kena berhati2 supaya tidak terjunam dalam lubang.
Quote arnauld 4-12-2024 08:59 PM
Selangor darol lobang daa takkan baru tahu kot...cuba korek porom dari 2008 dah lama rakyst komplen
Quote Zezo 4-12-2024 09:21 PM
Aku paling tak suka lalu jalan pi port klang. Rosak rim kereta wei..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.103842 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top