CONAKRY, Guinea – Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam pergaduhan antara peminat semasa perlawanan bola sepak di bandar kedua terbesar Guinea, N’Zerekore semalam, kata sumber hospital kepada AFP. Seorang doktor berkata, kira-kira 100 orang terbunuh dengan mayat-mayat memenuhi hospital tempatan dan rumah mayat. “Deretan mayat sejauh saujana mata memandang di hospital. Mangsa-mangsa lain terbaring di lantai dalam hospital. Rumah mayat sudah penuh,” kata doktor berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media. Seorang lagi doktor berkata, berpuluh-puluh orang terbunuh. Rakaman video tersebar di media sosial dan belum dapat disahkan, menunjukkan situasi huru-hara di sebatang jalan di luar perlawanan tersebut, manakala mayat-mayat bergelimpangan di atas tanah. “Ia bermula dengan pertikaian terhadap keputusan pengadil. Kemudian, peminat-peminat menyerbu padang bola sepak,” kata seorang saksi kepada AFP.
Media tempatan menyatakan, perlawanan itu merupakan sebahagian daripada kejohanan yang dianjurkan oleh pemimpin junta Guinea, Mamadi Doumbouya. Beliau merampas kuasa dalam kudeta pada September 2021 dan melantik dirinya sebagai Presiden Guinea. Bandar N’Zerekore yang terletak di tenggara Guinea dan sekitar 570 kilometer dari ibu kota, Conakry, mempunyai populasi kira-kira 200,000 orang. – AFP SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
hokeypokey replied at 2-12-2024 06:09 PM
pasal bola pun nk gaduh sampai bunuh2..
Skuau replied at 2-12-2024 06:47 PM
Sb bola..hanyalah 'pencetus'...lebih kpd perangai memasing.
plywood replied at 2-12-2024 07:30 PM
Setelah buat research sekejap, aku menyimpulkan berlaku incident keganasan sehingga libatkan banyak ...
ADVERTISEMENT