CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lubang benam sedalam bangunan 5 tingkat muncul dekat pintu rumah

2-12-2024 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27097| Komen: 10

 


CARDIFF – Berpuluh-puluh keluarga terpaksa dipindahkan dari rumah mereka selepas lubang benam sedalam 15.24 meter muncul di sebatang jalan raya di Wales Selatan, lapor portal berita The Sun semalam.

Lubang besar itu muncul hanya beberapa meter dari pintu depan sebuah rumah selepas berlakunya Ribut Bert, baru-baru ini.

Kira-kira 30 rumah telah dikosongkan di Merthyr kerana pembentukan lubang itu.

Kawasan itu baru pulih daripada kemusnahan Ribut Bert yang membawa angin selaju 120.7 kilometer sejam dan banjir kilat.

Menurut polis Wales Selatan, pihaknya sedang menangani insiden itu.

“Laluan itu ditutup di kedua-dua arah. Sila elak melalui kawasan itu,” kata polis. – AGENSI

 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 2-12-2024 04:19 PM
Kalau bkn rezeki.. rumah besar cantik dah siap pun tak leh kita duduki.. mmg kita as a mamusia mmg lemah
Quote tri-max 2-12-2024 04:35 PM
ni kalau tak sedar lubang ni, kluar garaj keta terus ke alam lain je
kesian org2 kat situ, rumah cantik2 tapi takleh duduk
Quote hokeypokey 2-12-2024 06:08 PM
mesti trauma nk duduk situ, kang sedar2 1 rumah kena telan..
Quote annehuda 2-12-2024 06:33 PM
kekdg aku terfikir gak, mcm semalam kt ipoh ada satu area ni tak penah banjir tetiba bleh banjir paras dada.  kite ni beli rumah dahle mahal, kekdg tu nilai rumah baru rm300k tapi after bayar hutang campur interest dah bayar rm600k kat bank.  bank kasi alasan diorg predict harga rumah akan datang utk halalkan riba tu.  tapi bila jadi kes mcm ni la, jadi banjir or worse mcm rumah yusuf haslam tu risiko tanah runtuh, apa jadi dgn value rumah tu ? adakah masih akan menaik atau zero? sape nak beli rumah yang berisiko bencana mcm ni kan? hujung2 bank jugak yg untung
Quote capiloton 2-12-2024 07:05 PM
bila dah hujan,
banjir on-ff, on-off, on-off.
banyak lubang permukaan tanah.
everywhere.

kawasan bandar,
rumah pun tak boleh duduk,
harga pun susut pelan2, sampai takde harga

hutang kena tetap bayar,
apa2 hal bank tetap untong,
jadi hamba bank, for life
Quote Decaffeinated 2-12-2024 10:26 PM
Wales ni vibe dia lain dari England walau pun tak jauh mana pun dari London. Masuk area2 kampung ni lagi lain. Sejuk itu pasti lah

Quote anony-mous 2-12-2024 10:45 PM
annehuda replied at 2-12-2024 06:33 PM
kekdg aku terfikir gak, mcm semalam kt ipoh ada satu area ni tak penah banjir tetiba bleh banjir par ...

Sama mcm i fikir. Baik la spend utk kereta. Kereta boleh jgk angkut ke mana2. After 9thn jd hak milik. Rumah dah la mahal, 35thn tu terlalu lama la . Mcm something wrong dgn perjanjian beli rumah ni.
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:06 AM
kalo jatuh dlm sinkhole tu camne?
Quote aavakateimani 3-12-2024 08:07 AM
kalo ada pets tu kurung jgn bg keluar. kang jatuh payah nak selamatkan
Quote pocongkiutss 3-12-2024 08:13 AM
anony-mous replied at 2-12-2024 10:45 PM
Sama mcm i fikir. Baik la spend utk kereta. Kereta boleh jgk angkut ke mana2. After 9thn jd hak mi ...

Kereta after beberapa tahun..value drop ala2 besi buruk dh

Lagi pulak kereta yg baru2 ni..cepat nau bermasalah..walau jd hak milik pun..sakit hati kalau kete selalu buat hal..lagi satu kete ni selalu org berlumba2 beli paling mahal sbb senang nk angkut sana sini show off..rumah ko takleh wat gitu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.041579 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top