Dua anggota kumpulan Sabyan Gambus, Ayus dan Nissa sudah melangsungkan pernikahan pada 4 Julai lalu. Hubungan percintaan mereka sebelum itu mencetus kontroversi apabila Nissa yang juga penyanyi utama Sabyan Gambus itu didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayus sehingga bercerai. Berita perkahwinan pasangan selebriti ini dimaklumkan Ketua Pejabat Urusan Agama Kecamatan Pondok Gede, Drs H Ahmad Sumroni. "Pernikahan diadakan selepas Isyak di kediaman pengantin perempuan di Bekasi dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak. "Majlis pernikahan Ayus atau Ahmad Fairus dan Nissa berlangsung pada 4 Julai lalu dengan permohonan dibuat mengikut akta pernikahan iaitu seminggu sebelumnya. "Syarat nikah lengkap semuanya, yang mana status Fairus (Ayus) sebagai duda, manakala Nissa belum pernah bernikah. Acara nikah di rumah Nissa yang dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri," katanya kepada media tempatan Indonesia.
Pada majlis pernikahan itu, Nissa menerima mahar berupa cincin emas seberat tiga gram bersama wang tunai sebanyak 200,000 rupiah (RM56) daripada pihak Ayus. Ayus juga pemain keyboard Sabyan Gambus pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, pempengaruh Ririe Fairus selama lapan tahun dan memiliki dua anak, namun bercerai pada 24 Mac 2021 akibat kecurangan yang berlaku antara lelaki itu dengan Nissa. SUMBER: – Harian Metro |
prince_marhaen replied at 3-12-2024 10:55 AM
lahhhh ingat masa kantoi tu dah kawin.... siap kantoi macam pregnant gitu... jenis muka tak tau malu ...
prince_marhaen replied at 3-12-2024 02:55 AM
lahhhh ingat masa kantoi tu dah kawin.... siap kantoi macam pregnant gitu... jenis muka tak tau malu ...
ADVERTISEMENT