Pasir Mas: "Sakit dada tengok rumah ditenggelami banjir, habis perabot dan barangan lain dalam rumah terapung." Demikian luahan mangsa banjir yang mahu dikenali sebagai Laili selepas kediamannya di Perumahan Prima, di sini, ditenggelami banjir. Katanya, saban tahun kawasan itu memang dinaiki air namun kali ini disifatkan paling teruk apabila air dalam rumah mencecah hampir 0.7 meter (m) dalam rumah. "Selepas beberapa hari rumah dinaiki air dan saya sekeluarga berlindung di rumah tumpangan, semalam suami harung air untuk lihat keadaan rumah. "Dalam rumah air masih tinggi paras pinggang sekitar 0.5m, semua barang terapung dalam rumah termasuk sofa, pengering baju. "Letih melihat keadaan rumah dengan kerugian yang terpaksa ditanggung. Pengering pakaian baru saja beli sudah tenggelam banjir," katanya ketika dihubungi.
Jirannya, Aswani Abdullah, 50, berkata, paras air ketika banjir kali ini paling tinggi di kawasan perumahan berkenaan. "Sebelum ini pun banjir namun tidak seteruk ini. Kali ini naik begitu cepat. Tidak tahulah berapa lama untuk tunggu air surat supaya kami dapat kembali ke rumah. "Memikirkan keadaan banjir yang terpaksa dihadapi saban tahun, terdetik di hati nak jual rumah namun kawasan sini tidak laku disebabkan orang tahu kawasan banjir," katanya. SUMBER: – Harian Metro |
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2024 07:14 PM
Hidup ini kena minimalis, tak payah beli banyak-banyak perabot
L.U.S.M replied at 2-12-2024 07:45 PM
Maaf ckp tp kelantanese xbelajar dari banjir lepas...pilih pemimpin xblh buat keje..ulamak kena keka ...
ninja boy replied at 2-12-2024 07:48 PM
Buat rumah terus piling, rumah setinggi 3-5m tinggi dari ground, buat sekali parking kereta dan moto ...
kakikuDibibirmu replied at 2-12-2024 07:14 PM
Hidup ini kena minimalis, tak payah beli banyak-banyak perabot
Samerosie replied at 2-12-2024 06:57 PM
Maaf ye bukan x simpati tp tiap tahun inilah citernya 'Kali ini naik begitu cepat.'.
Setiap tahun k ...
Samerosie replied at 2-12-2024 06:57 PM
Maaf ye bukan x simpati tp tiap tahun inilah citernya 'Kali ini naik begitu cepat.'.
Setiap tahun k ...
Thunderclouds replied at 3-12-2024 07:28 AM
Family IL meols kelantanese.
Seumur idop kawasan umah tak pernah rasa banjir walau kelantan banjir ...
pocongkiutss replied at 3-12-2024 08:06 AM
Area mana IL uols ye..n taun ni kwsn dia banjir tak ?
ADVERTISEMENT