CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Airbus serah pesawat pertama A330neo kepada Malaysia Airlines

2-12-2024 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38001| Komen: 3

Kredit foto : NSTP



MALAYSIA Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines sudah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus.

Dalam kenyataan baru-baru ini, pengeluar pesawat itu berkata, A330-900 adalah yang pertama daripada 20 unit yang disewa daripada Avolon oleh MAG yang menetapkan piawaian baharu untuk kecekapan bahan api dan pengalaman penumpang.

"Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat ini bagi laluan di seluruh Asia dan Pasifik serta di laluan terpilih ke Asia Barat," katanya.

Pesawat A330neo MAG dikonfigurasikan dengan susun atur premium dua kelas dan menampilkan 297 tempat duduk, termasuk 28 suite kelas perniagaan yang boleh dibaringkan sepenuhnya serta kabin ekonomi baharu yang mampu memuatkan 269 penumpang.

Menurut Airbus, MAG menjadi syarikat penerbangan ke-20 yang menyertai kumpulan operator global pesawat A330neo yang moden dan cekap bahan api.


 


Setakat ini, Airbus menyerahkan lebih daripada 140 pesawat A330neo kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia.

MAG memilih 20 pesawat A330neo dalam inisiatif pembaharuan kumpulan pesawatnya pada 2022 berikutan ukuran badannya yang lebar.

Bagaimanapun, penyerahan pertama pesawat A330neo kepada MAG yang dijadualkan pada September 2024 tertangguh berikutan penemuan yang dikenal pasti oleh Airbus ketika peringkat barisan penerbangan. - Bernama

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 2-12-2024 10:41 PM
MAG memilih 20 pesawat A330neo dalam inisiatif pembaharuan kumpulan pesawatnya pada 2022 berikutan ukuran badannya yang lebar.

Lebar means berita baik untuk penumpang. Jangan pula lebar 2-3 inci ko tambah sebiji kerusi lagi.

Seat configuration untuk Airbus A330 sebelum ni biasanya 2-4-2 untuk kelas ekonomi. A350 pula 3-4-3 agak seksalah yang duduk window seat bila nak pergi toilet.


Quote aavakateimani 3-12-2024 07:51 AM
cantiknya
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:51 AM
nak tacang je

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.037464 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top