CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantun empat kerat tuju kepada DAP punca Dewan Rakyat kecoh

2-12-2024 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41267| Komen: 10

 


Kuala Lumpur: Pantun empat kerat Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang menyebut DAP sebagai parti tanpa integriti mengundang kekecohan apabila beberapa Ahli Parlimen mewakili parti itu memintanya ditarik balik.

Tampil mempertahankan DAP, RSN Rayer (PH-Jelutong), Chong Zhemin (PH-Kampar) dan S Kesavan (PH-Sungai Siput) bangun serentak dan mengecam tindakan Awang yang disifatkan sebagai tidak beradab dan perlu dihukum setimpal dengan penggantungan selama enam bulan.

Terdahulu, Awang ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Kewangan memulakannya dengan empat rangkap pantun.

"Jelutong mula dengan pantun, jadi dia mengajak saya berpantun jugalah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

"Segala demi perjuangan mendapat harta dan kuasa,

Segala maki hamun sudah menjadi suci,

Itulah perjuangan DAP kini dan semasa,


Hilanglah segala prinsip dan integriti."

Susulan pantun kontroversi itu, Rayer bangun membidas perbuatan Awang sebagai tidak beradab dan minta ia ditarik balik.

SN Rayer: Boleh berpantun, tapi secara beradab. Dulu (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) kata PAS parti ajaran sesat.

Awang: Dulu Jelutong kata (kecam), saya okay sahaja.

SN Rayer: Saya minta pantun itu ditarik balik.

Awang: Saya tak sebut nama mana-mana individu tetapi nama parti. Tak boleh ke?

Zhemin: Mana boleh sebut (nama) parti. Sila tarik balik, mana boleh buat sangkaan jahat kepada DAP, ia sama dengan menyentuh ahli parti. Saya minta tarik balik.

SN Rayer: Kalau ini dibenarkan, maka (saya boleh sebut), PAS parti fitnah. Kalau begitu, gantung Pendang (selama) enam bulan.

Kekecohan yang berlanjutan hampir lima minit itu kemudian diredakan Ahli Parlimen yang mempengerusikan sidang iaitu Datuk Mohd Shahar Abdullah.

"Saya bagi petua, maksudnya (Awang) hanya nak tuju pantun, bukan pada mana-mana parti. Jadi kedua-dua pihak mesti ambil (keputusan) ini dengan lebih tenang dan berobjektif," katanya.

Beliau kemudian meminta Pendang meneruskan soalan tambahannya.

Ketika menjawab soalan Awang, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying turut memintanya menarik balik kenyataan yang disifatkan fitnah kepada DAP.


SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 2-12-2024 05:00 PM
bodohnya la puak2 ni.

begitu ramai rakyat terkesan banjir kau buang masa kau mcm ni.

pastu kau mcm sentap bila rakyat pandang jijik kat kau.
Quote tripleid 2-12-2024 05:40 PM
Mp Pendang ni kalo sehari x buat huru hara dlm parlimen mmg x sah..low class betull
Quote Skuau 2-12-2024 06:51 PM
kasibiman replied at 2-12-2024 05:00 PM
bodohnya la puak2 ni.

begitu ramai rakyat terkesan banjir kau buang masa kau mcm ni.

yg bodoh depa yg terkesan banjir bg undi kt depa PRU lepas..depa(YB2,) dpt apa yg dihajati..apa yg bodohnya???(depa/YB2 ni smua).
Quote Radzor 2-12-2024 07:54 PM
rakyat malaysia 34 juta. ahli parlimen sampai 222 org. perabih duit pencen je
Quote Isninselasarabu 2-12-2024 08:20 PM
Sume tahik duit je!!!.. dap bapak komunis tegar... Pelingkup negara..
Quote PULANGKAN 2-12-2024 08:49 PM
bunch of clowns in a circus
we're doomed

masa depan? gelap
harapan? tiada
hotel? trivago
Quote nikaido 2-12-2024 08:59 PM
bila kerja xreti buat, tau buat kecoh je la puak2 pembangang ni
Quote suri33 2-12-2024 10:24 PM
Benda bodoh yg dipanjang2kan.
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:47 AM
hiburan di hari2
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:48 AM
lepas ni diorg kuar ngopi hisap rokok sebatang 2. rakyat sampai bila2 budu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042319 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top