CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas, ada trend sewa isteri - "Kontrak perkahwinan berkuat kuasa selama beberapa hari hingga beberapa bulan"

2-12-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 49616| Komen: 23

 


BANGKOK – Satu trend sewa isteri di Thailand mencetuskan perdebatan ramai apabila fenomena itu melibatkan pelancong asing yang mahu mempunyai peneman sementara, ketika mereka berada di negara tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Trend itu dilaporkan banyak berlaku di daerah tumpuan pelancong di Pattaya.

Amalan dikenali sebagai perkahwinan kontrak itu menyaksikan gadis-gadis dari kawasan-kawasan pedalaman menjadi peneman untuk pelancong asing.

Mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuk menjadi pemandu pelancong dan teman biasa.

Kontrak perkahwinan berkuat kuasa selama beberapa hari hingga beberapa bulan, dengan bayaran yang dikenakan berbeza mengikut paras rupa, umur dan tahap pendidikan.

Ia berharga dalam lingkungan antara AS$1,600 (RM7,000) hingga AS$116,000 (RM520,000).

Buku baharu tulisan Lavert A. Emmanuel bertajuk ‘Thai Taboo: The Rise of Wife Rental in Modern Society’ menyelami dunia gelap itu dengan menggambarkan bagaimana amalan tersebut yang dahulunya tersembunyi, kini menjadi sumber pendapatan golongan muda yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup.


“Ini bukan sekadar menerima bayaran. Sesetengah wanita akhirnya berkahwin dengan pelanggan mereka, sementara yang lain mengekalkan hubungan berbayar jangka panjang,” tulisnya.

Walaupun kerajaan Thailand mengakui kewujudannya, tidak ada undang-undang yang mengawal trend itu. 

Pengkritik berpendapat bahawa kekurangan pengawasan menyebabkan wanita negara itu terdedah kepada eksploitasi. – AGENSI 


SUMBER: – KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-12-2024 11:06 PM
Nikah mut'ah tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2024 11:12 PM
Ia berharga dalam lingkungan antara AS$1,600 (RM7,000) hingga AS$116,000 (RM520,000).


Mahalnya harga lobang faraj
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:43 AM
mcm si siah tu pulek
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:44 AM
biarlah dia nak mencari rezeki
Quote delsmomm 3-12-2024 07:53 AM
pelik2 la dorg ni.. dah dpt anak tgk contract pon tamat, terus anak plk terbiar..
Quote sayurmayur88 3-12-2024 10:39 AM
pastu terasa heran/pelik why dunia makin banyak bala/bencana. LOL
Quote fattymah 3-12-2024 10:53 AM
Tadak cuti nak lelama.. seminggu murah sikit
Quote hokeypokey 3-12-2024 03:39 PM
siam tu kan popular ngan pelacuran, apo nk heran..
Quote kemaruk 3-12-2024 03:40 PM
Awek siam tak lawa

Vietnam dihatiku @gigahertz
Quote B40tastePosh 3-12-2024 04:01 PM
delsmomm replied at 3-12-2024 07:53 AM
pelik2 la dorg ni.. dah dpt anak tgk contract pon tamat, terus anak plk terbiar..

Diorang ramai scam, minta beli tanah rumah segala.

Scam dgn keindahan pantai tropika , noit club kegilaan omputeh
Quote delsmomm 3-12-2024 04:12 PM
B40tastePosh replied at 3-12-2024 08:01 AM
Diorang ramai scam, minta beli tanah rumah segala.

Scam dgn keindahan pantai tropika , noit club  ...

klu kena client tu abuser ade ke yg boleh protect diorg ni..

cukup tempoh sewaan, return balik kat agency, dah lunyai ...

habis laa..
Quote B40tastePosh 3-12-2024 05:29 PM
delsmomm replied at 3-12-2024 04:12 PM
klu kena client tu abuser ade ke yg boleh protect diorg ni..

cukup tempoh sewaan, return balik ka ...

Yang lunyai tu warga asing uols
Quote otai_g 3-12-2024 05:34 PM
Jgn jd mcm m Nasir dlm filem merah sudah.

Kita nak tolong dia orang. Dorang org susah
Quote SalenaGomez 3-12-2024 09:12 PM
delsmomm replied at 3-12-2024 07:53 AM
pelik2 la dorg ni.. dah dpt anak tgk contract pon tamat, terus anak plk terbiar..

Depa suka je dpt anak, lagi2 kalau dgn mat saleh. Repair rupa skali. Ala ala filipin la jugak

Nak kata anak terbiar, idok juga. Sbb perkara mcm tu normal. Jadi duit byk dpt dr kawen tu boleh la survive kot. Lepas cerai maybe akan kawen lain lagi SAJM gamak nya la kot
Quote delsmomm 4-12-2024 07:30 AM
B40tastePosh replied at 3-12-2024 09:29 AM
Yang lunyai tu warga asing uols

biar betul sis.. kira husband lunyai dikerjakan wife sewaan...
lain machiam wife gini...
Quote supernaturalee 4-12-2024 11:39 AM
delsmomm replied at 4-12-2024 07:30 AM
biar betul sis.. kira husband lunyai dikerjakan wife sewaan...
lain machiam wife gini...

habis air dah kena sedut kot


Quote B40tastePosh 4-12-2024 01:47 PM
delsmomm replied at 4-12-2024 07:30 AM
biar betul sis.. kira husband lunyai dikerjakan wife sewaan...
lain machiam wife gini...

Banyak kes orang lokal sana tipu sebab tanah wargaasing tak boleh beli, so guna nama bini diorg org Thai.
Quote delsmomm 4-12-2024 01:49 PM

terus kering lps habis sewaan..
Quote supernaturalee 4-12-2024 02:40 PM
delsmomm replied at 4-12-2024 01:49 PM
terus kering lps habis sewaan..

mcm banjir, habis sok.. musim panas take over pulop
circle of life


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.136056 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top