CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Anjoulie Mengaku Ada Hubungan Cinta Dengan Seorang Lelaki, Enggan Dedah Identiti Kekasih

3-12-2024 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48556| Komen: 41

 


Pelakon Zarina Anjoulie mengakui dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana bimbang jika hubungan mereka putus di tengah jalan.

“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat malu. Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata da lebih selesa bercinta dengan lelaki yang sudah dikenali dan serik untuk mengenali orang baru yang hanya mahu menumpang popularitinya.

“Disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.


“Lagi pun lelaki ini adalah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan kami putus sekitar 12 tahun sebelum berkawan (bercinta) semula,” katanya.


Dalam pada itu, Zarina berkata kekasihnya sering menasihati untuk  menjaga kelakuan serta kata-kata dan bersikap lebih matang.

“Dia bimbang sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan mengguriskan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati. Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya.

“Saya memang boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik. Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?,” katanya.

SUMBER: – Harian Metro, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 2-12-2024 11:18 PM
Takde org komen
apa2 je la anju oi.
Moga bahagia hendaknya
Quote sharlenetexas 2-12-2024 11:30 PM
Pagar dah siap ke belum?

Quote slyfynx 2-12-2024 11:51 PM
Tido letak bantal kat tgh2 x
Quote sfrnna 3-12-2024 12:22 AM
Haritu dia ckp this guy adalah ex dia dulu2.. knowing her yg suka show off bf walaupun sekejap, I nak speku maybe mamat ni ada dalam salah satu pic 18sx dia? Hahaha ampunnnn
Quote hokeypokey 3-12-2024 01:56 AM
tayang ler cepat bf baru tu anju, kitaorg nk tgk
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:36 AM
kenap tak buat facelift? muka dan kendur
Quote aavakateimani 3-12-2024 07:40 AM
ada ramai lelaki kat atas bumi ni kenapa ada hubungan dgn seorang je?
Quote Aneem 3-12-2024 07:41 AM
Kawin pun boleh cerai


Quote virgocircus 3-12-2024 07:43 AM
Dia kata ex bf dulu. Ntah yg mana satu xtau. Hahaha. Kena korek benang lama2 gamaknya
Quote yum3 3-12-2024 08:35 AM
dia ni amalkan mkanan sihat tp stil nak telan fitztox adehhhh....
Quote SalenaGomez 3-12-2024 09:17 AM
Oklah tu, mujur “seorang”, bukan 2 atau 3
Quote jlo 3-12-2024 09:46 AM
baru tau dia adik beradik 1 mak ngan model melissa eh ke apa nama dia
Quote naina 3-12-2024 10:45 AM
Finally dia dah boleh kurus.. sungguh2 dia renovate muka dan badan BG cantik eh
Quote immortallez 3-12-2024 10:57 AM
Walaupun dia buat muka tapi aku suka tenguk dia punya pemakanan sihat. Dia ada berapa orang adik beradik yg 1 emak, 1 bapak?
Quote Joysparta 3-12-2024 11:03 AM
sfrnna replied at 3-12-2024 12:22 AM
Haritu dia ckp this guy adalah ex dia dulu2.. knowing her yg suka show off bf walaupun sekejap, I na ...

Yg ni katanya pilot. Gituuuuu
Quote cikatilia 3-12-2024 12:19 PM
kisah plak org awam lelaki A B C D E F G xsudah2
Quote toynme 3-12-2024 12:23 PM
patut letak kat bod haiwan liar
tak sudah2 cite pasal jantan
Quote nolya 3-12-2024 01:42 PM
Ooo mak ai!  O mulutnya bulat dn mulus.  Pasti Anju tak akan sukar  bernafas  dlm keadaan tersedak ttpi tetap kena  berjaga2 jgn sampai termasuk lalat ke dlm mulut.

BTW, Anju ni umurnya berapa ye, tak bosan2 memburu lelaki idaman.
Quote nolya 3-12-2024 01:47 PM
SalenaGomez replied at 3-12-2024 09:17 AM
Oklah tu, mujur “seorang”, bukan 2 atau 3

dua tiga kucing berlari
tanam pinang rapat2
dua tiga boleh dicari
yg satu-satu itu juga tak dapat2

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.042025 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top