Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan rumahnya. Harus diakui, Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan kebanyakan pengembara sebagai destinasi pelancongan. Ini kerana keunikan budaya dan kecantikan alam semula jadi serta sifat ramah rakyat negara ini menyebabkan mereka meletakkan Malaysia antara negara yang wajib dikunjungi. Oleh sebab itu, ada di antara pelancong yang dilihat melawat Malaysia dalam tempoh masa yang agak lama. Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang dilihat mengambil kesempatan dengan meminta sedekah atau mengemis bagi menampung kos percutian. Mengemis Di R&R Minta Duit Untuk Makan & Tiket Flight Itulah yang dilakukan oleh seorang pelancong lelaki dari luar negara yang dilihat meminta sedekah di R&R Ulu Bernam, Tanjung Malim Arah Selatan.
Menerusi hantaran di akaun X @pedoqpop, lelaki mat salleh itu dilihat duduk di lantai bersebelahan sebuah gerai di R&R tersebut. Melalui perkongsian itu, dapat dilihat sebuah beg, bekas yang digunakan untuk duit dan sekeping kotak yang tertera ayat Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diletakkan bersama lelaki berkenaan. Apa yang menjadi perhatian adalah tulisan nota itu yang dipercayai ditulis oleh pelancong berkenaan yang mendakwa dia telah melancong selama sembilan tahun dan rindukan kampung halamannya. Dek kerana rasa rindu, dia memohon bantuan dengan cara sebegitu bagi menampung kos makanan dan tiket flight. “Hai, saya telah mengembara selama 9 tahun. Saya sangat rindu rumah. Tolong bantu saya mengumpul wang untuk tiket dan makanan,” tulisnya. Perbuatan pelancong Mat Saleh tersebut nyata mengundang rasa geram dalam diri pengguna berkenaan hingga dia mahu pihak berkaitan seperti pengurusan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadapnya. “Salam @PDRMsia, @plus2u, tolong la kutip dan hantar balik dia ni. Pahal kita pulak nak tanggung tiket dia balik kampung. Lokasi RNR Ulu Bernam arah Selatan,” tulisnya. Ramai Geram & Persoal Tindakan Pelancong Mengemis Hantaran yang telah mendapat lebih 359,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Menerusi ruangan balasan hantaran tersebut, majoriti pengguna media sosial meluahkan rasa geram dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pelancong itu. Malah, ada yang mempersoalkan apakah tindakan yang telah diambil olehnya sepanjang tempoh sembilan tahun dia mengembara. Sama seperti @pedoqpop, ada pengguna lain turut mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelancong terbabit. Berikut antara komen pengguna media sosial: Sumber : BUZZKINI |
liyamariska replied at 3-12-2024 08:39 AM
semoga dipermudahkan urusan omputih ni utk balik ke negara asal dan pastu takyah gatal2 nak travel m ...
L.U.S.M replied at 3-12-2024 04:24 AM
9tahun xde lgsg kena tgkp overstay..that's how bad enforcement kat msia..no wonder msia ni top on th ...
edayildiz replied at 3-12-2024 09:32 AM
malaysia kn semua ngetop..obesiti pun plg tinggi kt asia
tp bibik i ckp indon lg teruk rasuah ...
kemaruk replied at 3-12-2024 09:51 AM
Jangan risau
Nanti ada ler tu acik andartu kurang kasih sayang akan membantu