HARTFORD, CONNECTICUT – Sebuah banglo bernilai kira-kira AS$3 juta (RM13 juta) di negeri Connecticut musnah dalam kebakaran apabila penghuninya menggoreng ayam belanda di dalam garaj, lapor agensi berita United Press International semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan) semalam, banglo di Jalan Weston musnah dijilat api yang merebak dari garaj ke keseluruhan kediaman tersebut ketika pasukan bomba tiba. “Apabila kami tiba, keseluruhan garaj dan belakang rumah sudah terbakar. Kira-kira satu pertiga daripada rumah itu (terbakar),” kata Ketua Balai Bomba Sukarelawan Weston, John Pokorny. Tambahnya, kebakaran merebak dengan pantas semasa pasukan bomba berada di lokasi kejadian. Rumah seluas 929 meter persegi itu ketika kejadian, menempatkan 25 orang yang meraikan cuti hujung tahun.
Tiada kecederaan dilaporkan, manakala semua penghuni yang berada di dalam kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri. – AGENSI Sumber : Harian Metro |
aavakateimani replied at 3-12-2024 08:25 AM
kabo la thanksgiving. tula bomba dah ajor cara goreng turkey dgn selamat
hokeypokey replied at 3-12-2024 06:49 AM
goreng atau bakar ayam??? selalu omputeh bakar, jarang diorang makan goreng.. tapi mungkin jugak uba ...
delsmomm replied at 3-12-2024 07:15 AM
xsempat menjamu selera ayam goreng..
dua_chzy replied at 3-12-2024 07:31 PM
Common je deep fried turkey. Deol suka goreng dalam deep pot gini.
Decaffeinated replied at 3-12-2024 02:09 PM
Salahkan goreng ayam le pulak. Kokesen pun perangai macam melayu juga ka?
ADVERTISEMENT