CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan lebat di Pantai Timur menyamai hujan selama enam bulan

3-12-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37280| Komen: 9


 


KUALA LUMPUR – Hujan lebat selama lima hari di negeri Pantai Timur minggu lalu sehingga menyebabkan banjir bersamaan dengan purata hujan untuk enam bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hujan lebat antara 26 dan 30 November itu berlaku di luar jangkaan sehingga sebilangan besar penduduk di Kelantan dan Terengganu dipindahkan ke pusat perlindungan sementara (PPS).

Pada 26 hingga 30 November lalu di Kelantan, stesen hujan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) di Tanah Merah, Tumpat dan lain-lain menunjukkan bacaan hujan mencecah lebih 1,167 milimeter (mm) yang merupakan rekod terlalu tinggi menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Di Terengganu berdasarkan JPS dan MetMalaysia Besut mencatatkan jumlah hujan sebanyak 1,761mm (jumlah) itu dalam tempoh lima hari dan secara umumnya mencatatkan 1,439mm.

“Jadi memang jauh luar daripada jangkaan. Maknanya lima hari kadar hujannya itu lebih daripada enam bulan biasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz Nawi (PN-Tumpat) yang mahu mengetahui adakah Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) akan dipercepatkan bagi membolehkan semua mega fasiliti mitigasi banjir disegerakan termasuk LPT3 ke Pantai Timur hingga ke Tumpat, Kelantan.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, kerajaan akan meneliti cadangan hasil kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir.

“Ada cadangan saya ingat lama dah 20 tahun lebih dicadangkan kerajaan Jepun iaitu projek JICA umpamanya untuk mengatasi masalah banjir di pantai barat (Malaysia) dan ketika itu tahun 90-an, keperluan perbelanjaan itu sudah mencecah RM10 bilion, sekarang mungkin RM20 bilion.

“Antara lain kajian JICA untuk bina tebing-tebing tinggi di seluruh kawasan pantai. Sudah tentu ini akan mengambil masa dan mudah-mudahan bila keadaan ekonomi jauh lebih kukuh, selesai masalah tebatan banjir kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Yusuf Abd. Wahab (GPS-Tanjong Manis).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada mangsa dan penghargaan kepada jentera kerajaan dan penjawat awam yang terlibat.

“Seramai 80,000 penjawat awam turun padang membantu di setiap lapangan dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain yang tidak boleh saya sebutkan.

“Kerjasama padu seluruh jentera kerajaan Persekutuan, negeri, bandaran atau Pejabat Daerah atau jajahan.

“Kita dapati mutakhir ini, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICS), syarikat kerajaan juga terlibat secara langsung dan sektor swasta serta NGO termasuk sukarelawan yang puluhan ribu turun sedia membantu,” katanya 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 3-12-2024 11:01 PM
Edited by B40tastePosh at 3-12-2024 11:05 PM

Hujan 6 bulan...dah tahu camtu buat la kolam takungan untuk 6 bulan.

Kelantan ni crowded, entah tanah kerajaan dah takde nk buat kolam takungan.

Kena buat Stamford Detention bawah tanah macam Singapore

SDT-2.jpg
Quote dua_chzy 3-12-2024 11:30 PM
Edited by dua_chzy at 3-12-2024 03:31 PM

Heavy snow kat Korsel katanya hada kaitan dengan global warming. Tak ingat la penjelasan saintifik dia, korang google sindri. Pasal suhu laut meningkat pehtu snow turun berlebihan then usual yada2. Sebab tu Korsel katanya alami salji paling teruk in decades?

So barangkali banjir teruk namamps banding banjir 2014 katanya ni, pun ada kaitan juga dengan global warming. Ganti snow dengan hujan je.
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:57 AM
3 minggu dah hujan
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:58 AM
ini biasa saja baru gelombang pertama. bukan betul2 banjir lagi
Quote kotakbaju 4-12-2024 07:27 AM
aavakateimani replied at 4-12-2024 06:58 AM
ini biasa saja baru gelombang pertama. bukan betul2 banjir lagi

Minggu depan katanya ada lagi luruan monsun, hujan lebat berterusan start 8hb kot tak silap. Ni khusus utk di pantai timur la.

Kalau la hujan lebat lg berhari2, banjir pulak laa kelantan ganu tu. Yg sekarang ni pun air belum surut lagi kan
Quote sayurmayur88 4-12-2024 07:45 AM
kena ada tindakan drastik kot utk menghadapi banjir2 hujung tahun ni..
entah tindakan apa.. kena rujuk negara2 maju tu
Quote white_musk 4-12-2024 05:16 PM
yang ipoh tu dah surut banjirnya....
akak rasa ramai yang akan jual barangan di cash converter ipoh
Quote ultra78 5-12-2024 07:04 AM
Jika hujan sama turun di kl dan selangor,kedua-duanya akan tenggelam sama. Tiada infrastruktur dalam negara yang mampu tampung air sebanyak itu.

Dengan bencana alam banjir yang berlaku saban tahun,tak rasa kelantan akan dapat tarik pelaburan pada skala besar. Puncanya adalah faktor geografi berada di tempat yang 'salah'.
Quote ultra78 5-12-2024 07:31 AM
Memang benar kerajaan federal boleh pump dana berpuluh bilion untuk projek infrastruktur di kelantan. Tapi apa yang federal akan dapat dari investment tu ? Adakah dapat collect lebih banyak cukai? Tak jugak sebab tak banyak pun kegiatan ekonomi di sana. Ini berbeza berbanding kl dan selangor di mana sektor perniagaan dan rakyat banyak membayar cukai dalam pelbagai bentuk.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046662 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top