CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya"- Zahnita Wilson nekad fail cerai

3-12-2024 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43369| Komen: 120

 


Tidak tahan berada dalam rumah tangga yang toksik, pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.

Zahnita, 38, berkata, keputusan untuk bercerai itu dilakukan kerana tidak mampu lagi bertahan apatah lagi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.

“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya. Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.

“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam masa sama, dia juga bersyukur apabila dimaklumkan pihak berkuasa suaminya sudah ditahan semalam.

“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.

“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.

“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” jelasnya.


Dia juga memberitahu kejadian dirinya dipukul oleh suami baru-baru ini bukan kerana disebabkan mahu keluar daripada kediamannya.

“Saya tidak boleh memperincikan kejadian tersebut buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis.

“Cuma yang saya boleh katakan ialah dia melakukan keganasan tersebut kerana tidak tahan dengan soalan saya tentang sesuata perkara,” ujarnya.

Semalam, Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik foto bahagian matanya lebam dan mendakwa dipukul oleh suaminya selepas bertanya tentang kehadiran orang ketiga.

Menurut Zahnita dia sudah tidak lagi mampu bertahan selepas 20 tahun hidup bersama.

Kosmo! Online hari ini juga melaporkan pihak polis mengesahkan suaminya ditahan reman selama tiga hari sejak semalam di Kuantan bagi membantu siasatan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-12-2024 11:34 PM
Punya lar herloookkkkkkk muka bila cukup persiapan filter sana sini segala.
Quote Lampuled 3-12-2024 11:44 PM
Kiranya diaorg tinggal sebumbung atau dh berasingan sejak dia jual pie tu?
Quote babysolaris 3-12-2024 11:57 PM
Lampuled replied at 3-12-2024 03:44 PM
Kiranya diaorg tinggal sebumbung atau dh berasingan sejak dia jual pie tu?

dah pindah rasanya beli rumah baru setingkat tu..
Quote pocongkiutss 4-12-2024 12:20 AM
dua_chzy replied at 3-12-2024 11:34 PM
Punya lar herloookkkkkkk muka bila cukup persiapan filter sana sini segala.

Mmg herlok lg pun kan .kalau dh gumuk tu mmg takleh nk tolong .atau terlalu kuwus mcm aida Aris pun x lawa..ni kira leh repair lg
Quote kakacantikkan 4-12-2024 01:03 AM
pocongkiutss replied at 4-12-2024 12:20 AM
Mmg herlok lg pun kan .kalau dh gumuk tu mmg takleh nk tolong .atau terlalu kuwus mcm aida Aris pu ...

dia mmg base da lawa..buat iv drip sikit..maintenance 1k sbln pun dia da boleh comeback jd zahnita yg dulu..
Quote hokeypokey 4-12-2024 01:36 AM
nama laki dia kemain zackery tak sepadan ngan rupa..
Quote kikiharris 4-12-2024 03:49 AM
Kulit boleh repair asalkan berduit. Suka tgk pic yg rambot pendek tu..
Quote CikHasanah 4-12-2024 04:22 AM
Tahniah kerana berani lari dari abusive husband walaupun agak terlewat untuk anak-anak. Semoga dapat korbankan sedikit wang untuk perbelanjaan sesi terapi anak-anak dengan pakar kaunseling. Mereka perlukan itu!
Quote cempakaa 4-12-2024 05:52 AM
Semoga tak get back dgn laki itu
Quote L.U.S.M 4-12-2024 06:30 AM
Eh ada rupanya mak. 20tahun ek mak hidup tp xnmpk lgsg ank tu dh lain

acik por meh ramai2 support acik Z beli pie heshe...semoga lepas ni dia boleh mengira dgn baik dan xtersalah fakta lagi
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:55 AM
pah ceroh mintak cerai tp tetap bersama. kununnya demi anok
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:56 AM
mls nak lyn kak
Quote AkokKocik 4-12-2024 07:00 AM
Isteri akan bertahan dgn somi perangai setan selagi sominya xde pmpuan lain.
Quote noor2 4-12-2024 07:13 AM
Acik2 porum ada x mcm kes Zahnita ni bertahan lama dgn  laki walau laki curang, laki kaki pukul, laki toxic ke...tanya je..ada ke ??
Quote Minami2013 4-12-2024 07:16 AM
cempakaa replied at 3-12-2024 09:52 PM
Semoga tak get back dgn laki itu

Meols pun baru nak komen yang ni. Jgn pulak termakan pujuk rayu suami kaki pukul ni.
Quote A-Are 4-12-2024 07:53 AM
noor2 replied at 4-12-2024 07:13 AM
Acik2 porum ada x mcm kes Zahnita ni bertahan lama dgn  laki walau laki curang, laki kaki pukul, lak ...

i olls ada kenal org yg mcm ni...semua cukup lakinya kecuali kaki pukul sbb org yg i olls kenal tu kata pantang dia kalau laki kaki pukul ja....bertahan lama yer perkahwinan, lebih 30tahun..huhu
Quote delsmomm 4-12-2024 07:54 AM
may Allah protect all women from abusive husband..

paling benci laki yg pukul isteri yg dah buat segalanya utk dia.. bodoh punya laki..!!
Quote makcun14 4-12-2024 07:55 AM
sayangnya zaman mendonia dulu antara retis yang cantik letops ingatkan dapat jadi tai tai dimanjakan suami kaya walaupun lakinya takde rupa
rupanya laki setan kaki pukul
Quote IzzahF 4-12-2024 08:10 AM
she mmg lawa gila, paling lawa masa senyum..lama she tak senyum lebar manis2 mcm tu. kasih syg sorang mak..aiols percaya mak tu walo tak kaya...mesti gigih support her financially utk start bisnes kecik2. moga yg baik2 utk dia

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076320 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top