SEOUL – Presiden Yoon Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan televisyen lewat malam, menuduh parti pembangkang utama Korea Selatan bersimpati dengan Korea Utara dan aktiviti anti negara. Saluran berita CNN melaporkan bahawa Suk-yeol tidak menyatakan langkah-langkah sepesifik yang akan dilaksanakan. Beliau memetik usul pembangkang utama, Parti Demokratik yang menguasai Parlimen. Parti berkenaan dituduh cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan. Suk-yeol melabelkan tindakan pembangkang itu sebagai ‘perbuatan subversif bertujuan untuk menghasut pemberontakan’. Beliau seterusnya mendakwa bahawa tindakan Parti Demokratik itu ‘melumpuhkan hal ehwal negara dan menukarkan Parlimen menjadi gerombolan penjenayah’. Suk-yeol menyifatkan undang-undang tentera sebagai langkah perlu untuk menghapuskan ‘anasir subversif pro-Korea Utara’.
Menurutnya, keputusan itu perlu untuk melindungi kebebasan dan keselamatan rakyat, memastikan kelestarian negara serta memastikan peralihan negara yang stabil kepada generasi akan datang. Dalam pada itu, Speaker Parlimen tidak dibenarkan memasuki Parlimen untuk mengadakan sidang tergempar, demikian menurut saluran televisyen tempatan, YTN TV. – AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE |
aavakateimani replied at 4-12-2024 06:48 AM
malaysia haritu dah buat. tutup parliament takut hilang kuasa
qistiena replied at 4-12-2024 06:49 AM
Dah tarik balik martial law
AbukRokok replied at 4-12-2024 09:24 AM
tp tentera kata selagi presiden xtarik balik tentera xnak lift lockdown
zorrro_03 replied at 4-12-2024 11:00 AM
hujan dah lamaaa. tunggu ribut kencang je. silap seoul ialah terlalu ikut suara zionis. patutnya d ...
mrseller replied at 4-12-2024 11:44 AM
Kalau martial law. Black pink kena pakai baju askar bawak pestol kan?
ADVERTISEMENT