CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengasas FashionValet, Vivy dan suami akan didakwa Khamis ini

4-12-2024 12:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45899| Komen: 95

 


Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Kedua-dua mereka akan didakwa berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, berjumlah RM43.9 juta.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, kepada media hari ini.

Beliau berkata, SPRM menahan pasangan berkenaan tengah hari tadi dan diberikan jaminan untuk hadir ke mahkamah, pada Khamis ini.

Pada 28 November lalu, kertas siasatan membabitkan kerugian pelaburan itu sudah dilengkapkan SPRM.

Susulan itu, kertas siasatan berkenaan sudah diserahkan kepada Bahagian Perundangan SPRM untuk kajian dan pertimbangan.

Terdahulu, SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.


Transaksi mencurigakan itu dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu.

SPRM dilaporkan turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.


Sumber – Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babyleo68 4-12-2024 04:52 AM
Quote cempakaa 4-12-2024 05:40 AM
Omg means esok lah ya
Quote babynina30 4-12-2024 06:13 AM
Mggu lps baru sheols giat igs konon2 mcm x terkesan. Nahhhh tesodok jua nyah. Datin bwk beg apa esok ?
Quote likilu 4-12-2024 06:20 AM
Tahniah pencapaian dato datin lavish terbesar dikalanngan founder tempatan
Quote L.U.S.M 4-12-2024 06:23 AM
Kenapa xdakwa org khazanah n pnb yang monitor n approve pelepasan Dana tu pada this two beruks?

They should have monitored and stopped the fund while still can
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:40 AM
bila nak cerai. nak tgk aset diorg
Quote aavakateimani 4-12-2024 06:41 AM
ni ikan kecik je
Quote Thunderclouds 4-12-2024 06:56 AM
INI. SEMUA. WAYANGGG. TUAN².
Quote jambatannetizen 4-12-2024 06:59 AM
Thunderclouds replied at 4-12-2024 06:56 AM
INI. SEMUA. WAYANGGG. TUAN².

HAHA. Betul. Wayaaaaang aje. Percaya saya, Vivy tak kena.
Quote rumahbiru 4-12-2024 07:12 AM
knowing negaraku, penyagak besar pun boleh terlepas. tapi takde yg mustahil kalau allah nak makbulkan doa, deep in my heart, semoga setimpallah hukuman kena kat laki bini dan sekutu. tapi tu la, at this stage, kena dakwa pun aku dah puas hati la dari tak kena langsung. at least kalau orang google, ada la berita dia kena dakwa, mcm kes kakak dia,even in the end setenang tanah kuburan
Quote lostnfaun 4-12-2024 07:54 AM
L.U.S.M: Kenapa xdakwa org khazanah n p ...


Sorang kena semua kena nanti kot. Tak pun org pnb ke khazanah bengang jgk dgn laki bini  , dah dapat fund pegi menunjuk bagai.

Kalau si bini rilek² takde la kecoh 1 malaya. Org pun tak tau dia dpt fund berpuluh juta.
Quote lostnfaun 4-12-2024 07:56 AM
jambatannetizen replied at 4-12-2024 06:59 AM
HAHA. Betul. Wayaaaaang aje. Percaya saya, Vivy tak kena.

Nak tgk sejauh mana pemdakwaraya boleh bawa kes nie..
Quote prince_marhaen 4-12-2024 08:28 AM
si itik & laki biawak hanya tersenyum sinis... dah bertahun menipu, tak mustahil belit2 sampai terlepas. masing2 bukan jenis menyesal. followers B40 bodo kemain support ye..
Quote dubuk 4-12-2024 08:45 AM
Terkejutnya
Quote alesandra 4-12-2024 09:01 AM
Arap kena sebat vontot mcm syed saddiq
Quote alesandra 4-12-2024 09:04 AM
rumahbiru replied at 4-12-2024 07:12 AM
knowing negaraku, penyagak besar pun boleh terlepas. tapi takde yg mustahil kalau allah nak makbulka ...

Kes kakak dia bukan melibatkan authorities kan.vivik neh  yg saman.. settle luar mahkamah pun
Quote Hoola 4-12-2024 09:15 AM
kalau dh didakwa, jgn lupa flex ootd mahkamah
Quote anarina 4-12-2024 09:16 AM
Bila nak lelong brg kt duck nuu
Quote shashalala 4-12-2024 09:45 AM
sape2 yg duk sokong beli duck ke lilit tu..xtau lah...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.238132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top