Pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang usia remaja, pelakon Nelissa Nizam percaya golongan isteri tidak seharusnya menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk mempertahankan rumah tangga toksik. Pemilik nama lengkap, Nelissa Adreena Nizam, 26, itu berkata, membiarkan diri dalam lingkungan toksik demi anak-anak merupakan hal yang tidak masuk akal dan mengundang natijah lebih teruk terhadap psikologi. “Pada saya jangan jadikan anak-anak sebagai alasan mempertahankan perkahwinan toksik. Tiada guna kerana anak-anak juga akan mendapat kesan buruk dan mustahil untuk berasa bahagia sekiranya membesar dalam lingkungan sebegitu,” katanya kepada Kosmo! Online. Pelakon filem Saka Perawan itu turut meluahkan harapan agar wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga berani untuk tampil dan berusaha menyelamatkan diri dan anak-anak.
|
KamikuP replied at 5-12-2024 04:30 PM
sAPO lak ni.. semua nak mencapub DV
hokeypokey replied at 5-12-2024 06:17 PM
dia ni berlakon bagus jugak..
Shayang replied at 6-12-2024 07:16 AM
Ya aku ada tgk cite yg Dibawah awan tu
Bagus yaa lakonan dia dlm tu Kak Nab pun ok
Memasing menja ...
QueenIsolde replied at 31-12-2024 01:42 AM
Aku rasa statement mak dia dlm melodi tu mcm tak tally ng statement dak nelissa ni. Dia tak bgtau pu ...
Shayang replied at 6-12-2024 07:16 AM
Ya aku ada tgk cite yg Dibawah awan tu
Bagus yaa lakonan dia dlm tu Kak Nab pun ok
Memasing menja ...
ADVERTISEMENT