CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusof Haslam Batal Percutian Keluarga Ke Oversea, Sedekahkan Duit Bantu Mangsa Banjir

5-12-2024 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36812| Komen: 35

 


Penerbit Datuk Yusof Haslam membuat keputusan membatalkan perancangan percutian bersama keluarganya ke luar negara susulan musibah banjir teruk melanda di beberapa negeri.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia melihat tidak sesuai untuk ke luar negara semata-mata untuk bercuti melihat pada keadaan musim hujan dan banjir yang berlaku.

“Pada ketika ini, hari-hari dalam keadaan hujan dan banjir berlaku yang menyebabkan rakyat Malaysia pun muram. Jadi, kami (sekeluarga) buat keputusan batalkan perancangan percutian. Tak pergi mana-manalah.

“Tahun lalu pun, kita dah pergi ke Jepun bercuti sekeluarga. Jadi, untuk tahun ini (bercuti) kita berehatlah. Kita tangguhkan dulu dan pada tahun depan (2025) pun kita belum fikirkan lagi, fikir kemudian nanti,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata memang tidak seronok untuk dia dan keluarga ke luar negara bercuti sedangkan ada kakitangannya yang turut terlibat dengan musibah berkenaan.


“Jadi, lebih baik duit yang ada itu disedekahkan untuk bantu mereka. Sebelum ini, pada 2014 dulu ketika berlaku banjir teruk di Kuala Krai, saya bersama kumpulan bantuan pergi ke sana (lokasi banjir) untuk menolong keluarga staf yang kehilangan rumah dan rosak akibat bencana alam itu.

“Jadi, kali ini pun saya rasa tak manislah untuk kita sekeluarga ke luar negara bercuti sebab ada antara staf syarikat saya yang bersedih kerana ditimpa musibah berkenaan. Lebih baik saya bantu mereka saja,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata pihaknya akan ke Pantai Timur melakukan aktiviti bantuan sumbangan pada tahun depan sebaik saja keadaan banjir semakin pulih.

SUMBER: Harian Metro/Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-12-2024 11:25 PM
Bagusla.      
Quote pocongkiutss 6-12-2024 12:13 AM
Semoga murah rezeki
Quote AvengersPanther 6-12-2024 12:28 AM
Alhamdulillah. Semoga sentiasa dimurahkn rezeki.
Quote sharlenetexas 6-12-2024 12:30 AM
Semoga murah rezeki toksop sekeluarga.

Quote sharlenetexas 6-12-2024 12:32 AM
Dia plan nak bagi bantuan pasca banjir. Semoga dipermudahkan urusan.

Quote aavakateimani 6-12-2024 06:23 AM
nak holiday pun xbest pikir org tgh susah
Quote aavakateimani 6-12-2024 06:25 AM
sikap yg baik
Quote 3chanceno 6-12-2024 06:27 AM
Alhamdullillah...semuga dimurahkan rezeki Tok Sop & famili....untung dapat majikan begini
Quote nisako 6-12-2024 08:09 AM
wow
Quote duri_durians 6-12-2024 08:17 AM
alhamdulillah.
Quote alien88 6-12-2024 09:04 AM
Alhamdullillah
Quote marchikobonzo 6-12-2024 09:28 AM
Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki tok sop & tin mah..
Quote jelita_millie 6-12-2024 09:33 AM
bagus tok yusss..very the alert dgn national issues...tapi kalau nak bercuti pun tak salah...
Quote KamikuP 6-12-2024 09:49 AM
bagus pakcik ni... moga sihat selalu
Quote emera 6-12-2024 01:30 PM
Muka dia sebijik cam arwah ayah aku
Quote lasagna 6-12-2024 01:56 PM
alhamdulillah.. macih tok sop..
ada lebih baik gitu kan,
moga tok sop dipjgkan rezki slalu..
Quote hokeypokey 6-12-2024 01:59 PM
bagus tok sop, semoga lebih murah rezeki
Quote mamapea 6-12-2024 02:14 PM
tok sop bab2 kebajikan ni mmg bagus...suka tlg org...
Quote kuzaime 6-12-2024 02:15 PM
Bab ni aku sokong tok sop jenis majikan yg berakal, tau ada staff yg tengah ditimpa musibah dia tunda dulu utk berseronok2 dgn family sndiri. InshaaAllah ada aje rezeki lain utk dia pergi bercuti lain kali. Kena kat majikan yg x berotak, lantaklah staff tunggang terbalik pun dia nak bercuti ke berjimba2 ke dia pergi aje

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.128238 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top