CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harissa dakwa digoda pelakon senior sudah bercucu - "Memang ramai yang cuba mendekati saya. Ada berstatus suami orang"

10-12-2024 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10752| Komen: 61

 


Pelakon Harissa Adlynn berkongsi pengalaman digoda pelakon senior yang sudah mempunyai cucu yang cuba memburu cinta.

Bagaimanapun, Harissa menegaskan, dia enggan melayan lelaki terbabit kerana tidak mahu terjerat dengan kontroversi yang boleh memakan diri.

"Memang ramai yang cuba mendekati saya. Ada berstatus suami orang dan ada juga yang sudah mempunyai cucu. Anak dia pun sebaya saya.

"Mereka berani berterus terang untuk ajak saya pergi 'dating'.

"Malah, ada juga yang cuba mengambil kesempatan untuk menyentuh saya ketika kani berlakon bersama.

"Biasanya mereka akan pura-pura terpegang tangan saya walhal saya boleh hidu apa niat mereka sebenarnya.

"Bila berlaku perkara seperti itu, saya akan cuba menepis dengan tidak memberikan sebarang respons supaya dia tidak anggap saya perempuan murahan.

"Kalau bertindak di luar batasan, saya tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan ketidakselesaan saya kepadanya," katanya ditemui pafa sidang media drama Benci Jadi Cinta yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, semalam.


Berdasarkan pengalaman, kebanyakan mereka memahami selepas melihat bersikap dingin terhadap godaan yang mereka lakukan itu.

"Saya seorang yang profesional ketila bekerja. Kalau tak selesa dengam situasi itu, saya akan suarakan.

"Setakat ini, mereka memahami dan tidak pernah cuba memaksa saya," ujarnya yang masih solo.

Benci Jadi Cinta yang menjadi drama vertikal bersiri pertama terbitan TV3 sudah pun ditayangkan di aplikasi TikTok bernula semalam.

Selain Harissa, drama 20 episod berdurasi dua minit bagi setiap episod itu turut dibintangi Syahmie Thsaqeef dan Zheng Ning.

SUMBER: Berita Harian
 
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-12-2024 03:56 PM
Sheols ni good looking. Ok berlakon. Tapi rasa mcm tak toleh banyak kali. Vibe membosankan.

Quote I.K.A888990 10-12-2024 04:01 PM
dah bercucu pun tak sedor diri ke hatok oiiii

laku dia ni byk gak drama dia berlakon..
macam anak patung muka dia cantik
Quote edoraixora 10-12-2024 04:08 PM
cantik dia ni
berlakon pun ok tak kayu
semoga terus sukses & jangan terlibat aktiviti bukan2
Quote BoongaKertas 10-12-2024 04:21 PM
comel budak ni. iols ingat sbb suara and lagu dia sdp masa nyanyi runut bunyi wanita terindah.
Quote sukacactus 10-12-2024 04:38 PM
Dia ni kan yg masuk top 5 pelakon wanita harapan ffm br ni
Bagus la keje leklok
Jgn melayan yg bkn2
Quote bungarose 10-12-2024 04:40 PM
Cute laks dia yer
Quote kookiechip 10-12-2024 08:31 PM
Semoga tak tergoda juga dgn godaan vvip/vip tua.


Btw, cantik rupa budaknya.
I belum pernah tgk lagi dia berlakon.
Quote L.U.S.M 10-12-2024 08:53 PM
6 Komen semua puji cantik tp asal aku tgk mcm x je pic atas like biashe2..and cekci gk la..klu gini mmg la laki org suka test power..
Quote sharlenetexas 10-12-2024 08:55 PM
L.U.S.M replied at 10-12-2024 08:53 PM
6 Komen semua puji cantik tp asal aku tgk mcm x je pic atas like biashe2..and cekci gk la..klu gini  ...

Tapi iols tambah kat belakang tu vibe membosankan.


Quote L.U.S.M 10-12-2024 08:56 PM
sharlenetexas replied at 10-12-2024 08:55 PM
Tapi iols tambah kat belakang tu vibe membosankan.

Ok noted...tp kan..based on pic atas ni bosan lg cringe..style zaman bila tarik bahu baju londeh gitu
Quote apedehal 10-12-2024 09:27 PM
Tgk gambar tu cute...dua kali tgk ada iras mak itik plak..myb muka cainis look la kut
Quote Incanto 10-12-2024 09:35 PM
BoongaKertas replied at 10-12-2024 04:21 PM
comel budak ni. iols ingat sbb suara and lagu dia sdp masa nyanyi runut bunyi wanita terindah.

masa kecik dulu , gigi dia tak lawa senget benget

tapi aku suka suara dia

skrg lepas 7 tahun dah cantik
Quote rosmahisham 10-12-2024 09:36 PM
Aku syg kamu tiap detik waktu..iols suka lagu tu zmn2 fattzura mendonia..iols 1st time terlyn drama sheol dgn daniel fong best gak citer tu..dh lama x tgk tv..tp sheols sweet la..bkn jelita tp cantik la jgk.
Quote DottieDot 10-12-2024 09:45 PM
Tak kenal mesti bbnu kan tapi lawa dia..
Quote red_velvet 10-12-2024 11:48 PM
Comel ya.. Tapi cantik tu tidak.. Dia berlakon jadi lembab2 ubi dengan si redza oyen haritu pun biasa2 je nyah
Quote dua_chzy 10-12-2024 11:50 PM
Diorang nak main dengan kau je tu.
Quote pocongkiutss 11-12-2024 12:07 AM
Jgn layan dik

Kalau dudas mcm patah amon tu ok la..hahahhaha
Quote ohsoyaya 11-12-2024 01:26 AM
Seyesla she lahir thn 2003. Mak aiiii. Mudaaa
Quote aavakateimani 11-12-2024 06:45 AM
datuk ilf

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079079 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top