Selepas barangan rumah disita Majlis Amanah Rakyat (Mara) susulan tunggakan hutang mencecah hampir RM1 juta, Instagram pelakon Rozita Che Wan diserang netizen. Perkara tersebut berlaku selepas rumah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu sekumpulan pegawai agensi terbabit pagi tadi. Sebilangan besar netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon drama Kiah Pekasam itu yang didakwa liat melunaskan bayaran hutang. “Ada hutang tak bayar? Ingatkan kaya sangat rupa-rupanya penuh hutang,” kata netizen. “Betulkah barang rumah kena sita?,” soal peminat. “Acah-acah tenang ke?,” tanya pengikut. Bagaimanapun, masih ramai pengikut di laman sosial memberikan sokongan buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu. “Masing-masing seronok hadir macam tak pernah ada hutang. Maksum dan yakin tiada ujian hidup,” sindir seorang peminat.
“Tenang Che Ta, semua orang pernah buat salah. Mana ada hidup sempurna tanpa hutang,” tutur pengikut lain. “Jangan komen apa-apa. Ini ujian dia, ujian kita belum tahu lagi,” jelas netizen.
|
lanacondor replied at 10-12-2024 10:38 PM
Dia punya level miskin bkn mcm marhaen. Kalau jual aset2 dia Pon dah boleh setel hutang2 dia. Cepat2 ...
lanacondor replied at 10-12-2024 11:38 PM

epal_putih replied at 11-12-2024 06:44 AM
Sita rumah tu pahtu jual.. pindah balik dok mana2
Tu dana awam
ADVERTISEMENT