CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengunjung terkejut buaya zoo kurus kering sampai nampak rangka

12-12-2024 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40489| Komen: 12

 


BEIJING – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan seekor buaya dalam keadaan kurus kering di sebuah zoo di China, lapor akhbar The Sun UK.

Reptilia tersebut dirakam di Zoo Guangzhou kelmarin sekali gus mencetuskan kemarahan ramai dengan menuduh pengurusan zoo berkenaan sebagai melakukan kekejaman haiwan.

Video itu menunjukkan buaya tersebut kelihatan seperti bangkai yang sudah mereput disebabkan keadaan tulang belakangnya yang tersembul.

Ia dirakam merangkak perlahan-lahan di dalam sebuah kandang kaca.

Sebuah akaun bernama CNAnimalRightsAlert berkongsikan hantaran itu di platform X dan menulis: “Seekor buaya di sebuah zoo di Guangzhou, China, sangat kurus sehinggakan kulit dan tulangnya dapat dilihat dengan jelas. Jika ia tidak bergerak, anda akan menyangkakan ia buaya palsu.”

Selepas mendapat kecaman ramai, pihak zoo berkenaan tampil menjelaskan bahawa buaya itu bukannya tidak mendapat zat mencukupi, sebaliknya mengalami gastroenteritis, menyebabkan ia kehilangan berat badan berlebihan.


“Ia sedang menerima rawatan dan kami akan memastikan penjagaan yang lebih terperinci pada masa hadapan,” tambahnya.

Gastroenteritis biasanya berpunca daripada bakteria atau virus yang menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit. – AGENSI  

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 12-12-2024 04:14 PM
Ajeeeee gila deme ni bela menatang
Quote hanamunir 12-12-2024 07:38 PM
buaya kat sarawak kemain maintain montel..
first time tengok buaya kurus macam ni sekali..
kesian nyeee..
Quote kakikuDibibirmu 12-12-2024 07:48 PM
Buaya tu puasa Nabi Daud lah, korang apa tahu
Quote any42 12-12-2024 07:53 PM
kesiannya. dh mcm patung sculpture je
Quote Decaffeinated 12-12-2024 11:41 PM
pihak zoo berkenaan tampil menjelaskan bahawa buaya itu bukannya tidak mendapat zat mencukupi, sebaliknya mengalami gastroenteritis

Sebelum lebih ramai acik2 masuk komen kantoi tak baca artikel
Quote B40tastePosh 12-12-2024 11:45 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-12-2024 07:48 PM
Buaya tu puasa Nabi Daud lah, korang apa tahu

Puasa Mutih 40 hari macam @nusaraya

Quote ReginaGeorge 13-12-2024 05:33 AM
Makan tak cuci tangan la tu…
Quote nisako 13-12-2024 07:45 AM
wow dahsyat
Quote dubuk 13-12-2024 09:43 AM
Dah macam cengkerik goreng kat Vietnam
Quote aavakateimani 14-12-2024 10:14 AM
buat if kah
Quote aavakateimani 14-12-2024 10:15 AM
kalo dah xnak anak buaya tu lepaskan dgn cari baik, hantar dia balik ke pangkuan keluarga
Quote stargazers 14-12-2024 01:53 PM
Buaya pun buleh sirit birit

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.042025 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top