CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes tipu kutipan dana: Papagomo ditahan polis

13-12-2024 10:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61036| Komen: 21

 


Kuala Lumpur: Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya di Putrajaya, hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan dalam kutipan dana awam dengan menggunakan nama sebuah syarikat, hari ini.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, awal pagi tadi.

Dipercayai, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang menteri pada Julai lalu.

Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik blogger terbabit untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video penahanan Wan Muhammad Azri, 41, oleh sepasukan anggota polis yang datang ke kediamannya dengan menaiki tiga kenderaan polis dengan kapsyen memaklumkan penahanan itu untuk siasatan berkaitan kes AMLA.


Sementara itu, peguamnya, Rafique Rashid memaklumkan Wan Muhammad Azri ditahan susulan satu laporan polis oleh seorang menteri.

Menurutnya, lelaki itu ditahan oleh lapan anggota PDRM dari Bukit Aman 1.30 pagi tadi dan proses reman ke atas Wan Muhammad Azri berlangsung di Lokap Berpusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jinjang dan blogger itu diwakili peguam, Zoolazrai Zolkefly.

"Pegawai penyiasat memohon untuk menahan reman Wan Muhammad Azri namun peguam membantah reman tersebut. Setelah mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak, memutuskan reman satu hari dibenarkan," katanya.

"Azri dimaklumkan PDRM mendapat arahan tangkap dari Pegawai AMLA PDRM yang telah pun mengesahkan akan berjumpanya bagi siasatan pada jam 11 pagi hari ini.

"Amat hairan mengapa perlu tangkap kalau telah ada temu janji dalam masa 10 jam dari masa tangkapan," katanya yang memaklumkan siasatan ke atas Wan Muhammad Azri dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SUMBER : – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 13-12-2024 11:27 PM
sir azriiiiii

kikikiii
Quote lanacondor 13-12-2024 11:37 PM
Join geng politik gini la nasib. Org ni pegang kuasa ko kebal la. Org lain pegang kuasa ko dalam la. Yg xsalah jadi salah. Yg betul jadi xbetul.
Quote Nurdianah 14-12-2024 04:47 AM
IMG_8938.gif
Quote bottombikini 14-12-2024 07:03 AM
lah baru 41 ke

dia buat kutipan dana mende
Quote asmurai 14-12-2024 07:42 AM
Wah kalau menteri yg buat laporan, laju je diambil tindakan
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:47 AM
benci aku suara papagomo
Quote aavakateimani 14-12-2024 09:48 AM
jambang asli kah
Quote Akalditipumata 14-12-2024 11:42 AM
Lama xdgr papagomo ni
Quote B40tastePosh 14-12-2024 11:43 AM
Tampak masam dan busuk.
Quote zuriey 14-12-2024 12:36 PM
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula
Quote nikaido 14-12-2024 12:44 PM
zuriey replied at 14-12-2024 12:36 PM
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula

barua geng Pejuang.
Quote nikaido 14-12-2024 12:44 PM
Baca dkt group Rapizi yg repot
Quote airfilterkotor 14-12-2024 01:09 PM
Aku takjub masih ada yang dok follow dia ni.
Quote alesandra 14-12-2024 06:54 PM
ler x jadi ke tukar kerajaan 18/1/2025
Quote linb 14-12-2024 08:20 PM
AMLA untuk anti money laundering kan. Dia kutip dana apa, dan apa nama syarikat tu?
Quote hokeypokey 14-12-2024 11:10 PM
beruang kepam
Quote manopBKK 15-12-2024 02:56 AM
zuriey replied at 14-12-2024 12:36 PM
Dah kurus sikit papagomo
So skrng dia ni jadi barua siapa pula

Saka kerala la. Saka je ada duit. Tuan2 lain dah status banduan  
Quote Samerosie 15-12-2024 11:05 AM
airfilterkotor replied at 14-12-2024 01:09 PM
Aku takjub masih ada yang dok follow dia ni.

Samalah. Dia dgn ratu gems.  Banyak kali kantoi terciduk pun tak malu still jaja fitnah.  Zaman dulu bolehlah zaman sekarang semua dah boleh cari info sendiri.
Quote miamiot 15-12-2024 11:40 AM
Pagi td aku jogging jumpa sorang ni muka mcm papagomo ni suruh ambik gambar . Dia ramai2 la dgn geng ... Sudah keluar ke

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070726 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top