Sri Lanka: Hasrat seorang pelancong untuk mendapatkan gambar sempurna hampir meragut nyawa apabila dia terjatuh dari kereta api akibat tindakan berbahaya bergantung keluar dari gerabak, lapor The Sun. Wanita muda itu, warga China, dikatakan memegang pemegang pintu gerabak sambil bersandar ke belakang untuk mengambil gambar sebelum kepalanya terkena dahan pokok. Wanita itu kemudiannya diseret keluar dan terjatuh dari gerabak kereta api yang ketika itu dalam perjalanan ke Sri Lanka. Kereta api itu berhenti di hentian seterusnya dan ada penumpang yang turun dari kereta api untuk membantu wanita berkenaan. Wanita itu bernasib baik kerana tidak cedera teruk apabila hanya jatuh di kawasan semak. Polis tempatan sebelum ini mengingatkan penumpang di atas kereta api untuk sentiasa peka dengan persekitaran mereka. Mereka juga menggesa orang lain untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan.
Ini berlaku selepas seorang lagi pelancong dimalukan di dalam talian selepas ditangkap menangkap burung ketika mengambil gambar dengan swafoto. Lelaki yang tidak dinamakan itu cuba memegang burung supaya dia dapat mengambil gambar. Sementara lelaki itu memegang burung berkenaan, pasangannya mengambil gambar lelaki berkenaan memegang sayap burung itu supaya tidak terbang. SUMBER : – Harian Metro |
ADVERTISEMENT