KUALA LUMPUR: Persaingan kian sengit dalam pasaran automotif tempatan, terutamanya dalam kalangan jenama luar negara, berikutan kemasukan pengeluar kereta China, demikian menurut RHB Research. Penganalisisnya, Syahril Hanafiah, berkata tawaran diskaun besar menjadi strategi popular dalam kalangan syarikat yang baru memasuki pasaran, justeru situasi sedemikian akan menggoyahkan lagi segmen jenama luar negara. Beliau berkata, pihak pengurusan Bermaz Auto Bhd antaranya menyedari akan pasaran automotif yang mencabar akibat kemasukan banyak syarikat pengeluar dari China. "Memandangkan penawaran diskaun besar menjadi strategi popular dalam kalangan syarikat yang baru memasuki pasaran, kami berfikir sesetengah pelanggan mungkin menangguhkan pembelian bagi menunggu harga lebih rendah, dan perkara ini akan menggoyahkan lagi segmen jenama luar negara," katanya dalam satu nota penyelidikan
Walau bagaimanapun, Syahril berpendapat bahawa jumlah jualan Bermaz Auto masih akan disokong oleh model kereta yang dipasang di kilang tempatan (CKD) seperti CX5, CX30 dan CX8, yang banyak terjual dan juga model Kia Sportage yang baru dilancarkan. Beliau berkata, jenama kenderaan elektrik (EV) Bermaz Auto, Xpeng dan Deepal juga dijangka akan mencatatkan jejak kehadiran yang lebih kukuh dalam pasaran EV tempatan. "Bagaimanapun, kami tidak menjangka jenama-jenama EV ini akan menyumbang dengan ketara kepada jumlah jualan keseluruhan Bermaz Auto," katanya. Mengulas prestasi kewangan Bermaz Auto, Syahril berkata, keputusan separuh pertama tahun kewangan 2025 gagal mencapai unjuran pihaknya dan konsensus, dengan merangkumi 36 peratus daripada anggaran sepenuh tahun. Beliau berkata, penyimpangan itu berikutan jumlah kenderaan dijual yang lebih rendah daripada jangkaan. Katanya, hasil suku kedua tahun kewangan 2025 merosot 36 peratus kerana jumlah jualan merosot 41 peratus. "Punca utama penurunan jualan ini ialah persaingan yang kian rancak dalam pasaran automotif tempatan, terutamanya dalam kalangan jenama luar negara, akibat kemasukan pengeluar kereta China. "Oleh sebab komposisi jualan yang kurang memuaskan, untung operasi jatuh 49 peratus dari tahun ke tahun. Hasilnya, untung bersih teras suku kedua tahun kewangan 2025 merudum 54 peratus tahun ke tahun, lalu membawa jumlah perolehan separuh pertama tahun kewangan 2025 kepada RM110 juta," katanya. SUMBER : – Berita Harian |
anony-mous: Hodoh gila bahagian dlm Jaecoo ...
SalenaGomez replied at 14-12-2024 08:55 PM
Kereta dr prc ni haritu pernah lalu lalang dlm IG netizen komplen senang n cepat rosak. Esp yg relat ...
anony-mous: Hodoh gila bahagian dlm Jaecoo ni. Luar je lawa. Tu pon kerja mudah tiru je design range rover. Masuk dlm apa benda la ipad sebesar alam tengah2. Dah ...
cmf_premierleag replied at 15-12-2024 09:31 AM
Tgk tiktok sana psl kereta2 di china skang ni, mmg x deny, teknologi diorg jauh lg ke depan as compa ...
kepompong replied at 15-12-2024 06:20 PM
itu yang kat negara dorang
SalenaGomez replied at 14-12-2024 08:55 PM
Kereta dr prc ni haritu pernah lalu lalang dlm IG netizen komplen senang n cepat rosak. Esp yg relat ...
ADVERTISEMENT