CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harimau Malaya kalah: ‘Mendoakan suami saya lumpuh adalah melampau!’ - Eyra Hazali

16-12-2024 12:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39954| Komen: 22

 


Isteri mana yang tidak sedih apabila melihat suami dihina dan didoakan dengan perkara yang tidak baik.

Begitu juga dengan pelakon Eyra Hazali, yang kesal dengan tindakan segelintir penyokong bola sepak tempatan yang mengecam suaminya, Hazid Nadzli yang merupakan penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya.

Haziq dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia menentang Thailand dalam perlawanan peringkat kumpulan A Piala Asean yang berlangsung di negara gajah putih itu, malam tadi.

Disebabkan itu Eyra atau nama sebenarnya Hadirah Qastina Hazali, 25, telah tampil mempertahankan suaminya daripada terus terusan menjadi mangsa hinaan netizen.

“Caci dan makian yang anda lemparkan kami boleh terima. Tetapi hinaan dan mendoakan suami saya lumpuh serta melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

“Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik kepada anda dan keluarga. Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.


Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu, Haziq dikatakan memberi laluan mudah untuk pemain lawan, Partrik Gustavsson menjaringkan gol kemenangan pada minit 57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan selamat.

Kesilapan tersebut telah membuatkan penyokong pasukan Harimau Malaya berang lantas mula mengecamnya dalam media sosial sehingga ada yang sanggup melemparkan kata-kata kesat.

“Penjaga gawang gol paling sial dalam dunia! Kau punya pasal kita kalah bodoh! Perlawanan seterusnya kau tak payah main. Malam ini semua pemain Malaysia main dengan bagus kecuali kau. Kau bunuh rentak kita,” komen netizen yang berang dengannya.

Keputusan perlawanan menyaksikan skuad Harimau Malaya tewas 0-1 terhadap pasukan tuan rumah sekali gus meletakkan Malaysia yang kini berada di kedudukan ketiga kumpulan A wajib menang menentang Singapura 20 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Untuk rekod, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil hidup bersama mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, Muhammad Endra Haqimie, 2 dan Huq Ezqandar 3 bulan.
 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 15-12-2024 03:54 PM
melampau eh korang
Quote Zeelalala 15-12-2024 04:18 PM
Kira ok la tu lamaaaaa permainan tu bolos 1 je...mcm2 kot ye pun peminat
Quote pocongkiutss 15-12-2024 04:27 PM
Peminat fanatik mmg bodoh!!
Quote zuriey 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak
Quote jihah_kudat 15-12-2024 07:11 PM
tapi betul ke laki dia memang main teruk..kalau teruk harusla dicerca tapi takde la sampai nak doakan org tu lumpuh..
Quote Chah21 15-12-2024 07:22 PM
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak

Knp tuuu.. i 5 tahun kawen ank 4.. 3 tahun kawen ank 3.. ok la dia kn ..huhuhu
Quote pichee 15-12-2024 07:28 PM
serious la die bru 25.. sbb nmpk berusia sgt muka n pakaian die...
Quote jemahjacjon 15-12-2024 07:44 PM
25 dah anak 3? Powernyaaa la
Quote ezacbee 15-12-2024 07:46 PM
Pegi layan buat apa?

Fanatik mmg bangang abadi.
Quote bambimbom 15-12-2024 08:00 PM
Itula realiti penyokong bola ni.. bila menang dipuji bila kalah dimaki.. bongok segelintir fans bola ni
Quote ina_na 15-12-2024 09:47 PM
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak

Logik je....anak buah suami iolss ramai muda2 kawin berderet2 anak..dia org ckp nak beranak ramai2 sblm umur 30.. umur 30 dah fokus pd pendidikan anak2 je..
Quote ina_na 15-12-2024 09:49 PM
Iolss x berapa suka tgk suami dia jd gol keeper..suka yg sorg lg tu..yg anak dia meninggal dl... Dia ni dr dl mcm x perfome sgt..tp x ler mendoakan sampai mcm tu..kan dia org ni ade parent n family yg nak di beri makan...lgpun pemain bola ni berapa tahun je bertahan
Quote Lilipelangi 15-12-2024 10:08 PM
Kenapa la sampai doa bukan2.. Terlampau ikut perasaan.
Quote PULANGKAN 16-12-2024 02:46 AM
zuriey replied at 15-12-2024 04:32 PM
5 tahun kahwin dah 3 anak

kawan Iols, lelaki, umo 19 dah kahwin. koje sendiri katanya

last jumpa masa kami 25 tahun, Iols baru la menapak dalam dunia pekerjaan. heols dah anak 5, dok pening cari tadika. tiap tahun keluar
ni dah lama tak tersempak, tak tau la heols berapa orang anak sekarang. kalau tak control, mau berbelas agaknya
Quote PULANGKAN 16-12-2024 02:48 AM
pichee replied at 15-12-2024 07:28 PM
serious la die bru 25.. sbb nmpk berusia sgt muka n pakaian die...

effect bapak-bapak

tapi sebab dia fit, nampak muda and mature senantiasa
Quote Tapayana 16-12-2024 05:17 AM
Netizen dah lama simpan..hauk punya main pun tetap dipanggil wakil negara.

2017 sea games tumbuk bola ke gol sendiri punca malaysia terlepas pingat emas
2019 sea games tangkap bola ke gawang sendiri punca Malaysia kalah mengejut dengan filipina
2024 Aff mitsubishi pi bagi gol free kat lawan.

Kat level internesel sana. Kalau keeper buat mistake bodo mmg takkan dipilih lagi lepas tu.
Quote Tapayana 16-12-2024 05:20 AM
ina_na replied at 15-12-2024 09:49 PM
Iolss x berapa suka tgk suami dia jd gol keeper..suka yg sorg lg tu..yg anak dia meninggal dl... Dia ...

Yang meninggal anak tu Al Hafiz Hamzah. Dah bersara.

Yang main Malaysia sekarang Kalamullah Al Hafiz. Dedua main keeper tu yg bikin konfius. Orang ingat adik beradik tapi takde kaitan.
Quote aavakateimani 16-12-2024 08:26 AM
tak patut ckp mcm tu
Quote aavakateimani 16-12-2024 08:26 AM
bola je pun jgn panetik sgt

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.145606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top