KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ dan dua rakan wanitanya yang menghadapi pertuduhan membuat iklan persundalan, menjual rakaman video lucah dan memiliki bahan lucah, awal tahun lalu. Ketiga-tiga tertuduh itu adalah Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24. Hakim Siti Shakirah Mohtaruddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berkata waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini tidak dapat disempurnakan. “Berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan, mahkamah mendapati waran tangkap telah dikeluarkan sebanyak tiga kali namun masib tidak dapat disempurnakan walaupun pendakwaan telah menjalankan usaha untuk mengesan kesemua tertuduh. “Direkodkan juga penjamin-penjamin juga gagal hadir dan gagal memberi sebarang penjelasan ketidakhadiran tertuduh sehingga tarikh hari ini,” kata Siti Shakirah.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latip memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh waran tangkap bagi mengesan kesemua tertuduh bagi membolehkan pihak polis memastikan sama ada mereka masih berada di dalam negara atau di luar negara. “Waran tangkap tidak dapat disempurnakan dan notis kepada penjamin juga telah diserahkan kepada penjamin-penjamin namun tidak pernah penjamin hadir memberi penjelasan ketidakhadiran tertuduh-tertuduh,” kata Nidzuwan. Peguam bela, Razif Toha yang mewakili kesemua tertuduh tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan, Norshazrina dan Norhidayah didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X NOTYOURDADDYY (@HOTDADDYYXX), yang menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan. Perbuatan didakwa dilakukan di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada pukul 10.10 pagi, pada 16 Januari lalu. Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
otai_g replied at 19-12-2024 09:04 AM
Tp aktiviti suka sama suka ni dikira jenayah ker? Lain la kalo perempuan tu dirogol ke, dipaksa ker
dua_chzy replied at 19-12-2024 09:18 AM
Melayu juga la gigih kasik malu Islam di negara ini. Padahal katanya lagik Islamik terpaling Islam d ...
otai_g replied at 19-12-2024 09:04 AM
Tp aktiviti suka sama suka ni dikira jenayah ker? Lain la kalo perempuan tu dirogol ke, dipaksa ker
ADVERTISEMENT