CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia berpotensi dilanda gempa bumi kuat, Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif - METMalaysia

19-12-2024 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10052| Komen: 5

 

KUALA LUMPUR: Potensi untuk gempa bumi kuat melanda negara sentiasa ada, namun menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) ia sukar diramal.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata sehingga kini belum ada lagi teknologi yang mampu meramalkan kejadian gempa bumi di seluruh dunia.

Katanya, secara am kemungkinan untuk terjadinya gempa bumi kuat sentiasa ada namun ia tidak dapat diramal.

"METMalaysia melalui pencerapan stesen seismik yang dipasang di seluruh negara mampu untuk mengesan kejadian gempa bumi dan memberikan maklumat daripada segi kekuatan, lokasi dan kedalaman gempa terbabit kepada orang ramai.

"Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif menyebabkan negeri ini lebih kerap mengalami gempa bumi dengan skala yang lemah kecuali satu skala yang kuat dengan magnitud 6.0 berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 lalu," katanya kepada BH.


Beliau mengulas potensi ancaman gempa bumi kepada Malaysia, khususnya di Sabah susulan dua hari berturut-turut negeri itu dilaporkan mengalami gempa bumi, minggu ini.

Isnin lalu, gempa bumi lemah 2.8 magnitud dilaporkan berlaku di Ranau pada 2.56 petang diikuti kelmarin pada kekuatan 3.1 magnitud pada jam 10.01 pagi.

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, gempa bumi pada 5 Jun 2015 lalu telah menyebabkan kerosakan struktur sekitar Ranau dan kehilangan nyawa pendaki dan malim gunung.

Dalam pada itu, katanya, METMalaysia sentiasa memantau dengan rapi aktiviti gempa bumi yang berlaku dalam negara melalui Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) di ibu pejabat, sepanjang masa.

"Kami akan memaklumkan sebarang kejadian gempa bumi kepada orang awam," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 19-12-2024 01:51 PM
gegaran gegaran "misteri" haritu ke. yang satu ipoh bergegor tu

banjir besar, gegaran

beli kereta, kereta tenggelam. beli rumah, rumah tenggelam
Quote clueless_gamer 24-12-2024 05:22 AM
org kita ni ramai yg kufur nikmat dok dlm negara ni, semuanya third world class dkt mata dia.. tu dah ade peringatan depan mata kalau ada yg boleh faham..
Quote kotakbaju 24-12-2024 06:01 AM
clueless_gamer replied at 24-12-2024 05:22 AM
org kita ni ramai yg kufur nikmat dok dlm negara ni, semuanya third world class dkt mata dia.. tu da ...

Tazkirah subuh ye uols

Kalau ikut belajar geografi sekolah dulu2, negara kita ni kan terletak luar dari lingkaran api pasifik, potensi gempa tu kurang. Jadi setengah orang ingat mustahil malaysia nak ditimpa gempa bumi.

Quote IzzahF 24-12-2024 06:56 AM
kotakbaju replied at 24-12-2024 06:01 AM
Tazkirah subuh ye uols

Kalau ikut belajar geografi sekolah dulu2, negara kita ni kan terletak  ...

ini juga yg aiols igt masa skolah dlu2. cigu aiols puji2 keturunan melayu dlu2 pandai cari tempat utk bangunkan tamadun. tu la salah satu sbb berebut2 satu donia berbunuhan nakkan semenanjung melayu ni. kalo pikir2kan apa la yg ada..dah la kecik. tp itula dia...
Quote kotakbaju 24-12-2024 08:41 AM
IzzahF replied at 24-12-2024 06:56 AM
ini juga yg aiols igt masa skolah dlu2. cigu aiols puji2 keturunan melayu dlu2 pandai cari tempat  ...

Katanya dulu tanah jawi ni tanah emas. So orang rebut sebab ni kot.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.099128 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top