CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan main-main dengan keadilan - Rosmah Mansor

19-12-2024 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9126| Komen: 18

 

Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan pembebasan beliau daripada 17 tuduhan pengubahan wang haram dan gagal isytihar pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sebagai hadiah hari lahir bermakna buat dirinya dan suami.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menyambut hari lahir ke-73 pada 10 Disember lalu.

"Pembebasan pada hari lahir, bukan sahaja hadiah bermakna buat saya, malah hadiah untuk 'bosku' (merujuk Najib).

"Saya akan maklumkan berita gembira ini kepada Datuk Seri (Najib). Inilah keadilan yang kita nantikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan dibuat Hakim K Muniandy.

Beliau yang memakai blaus dan seluar panjang serba merah kelihatan ceria ketika disapa oleh wartawan yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung keputusan mahkamah itu.

Rosmah berkata, peguam belanya memberi jaminan kepadanya sejak hari pertama bahawa pertuduhan itu tidak mempunyai asas.


"Tetapi anda tidak boleh pasti mengenainya. Saya mendapat keadilan. Ucapan terima kasih kepada hakim yang membuat keputusan yang tepat.

"Ini yang dikatakan sebagai keadilan dan semua orang patut mendapat keadilan itu. Jangan main-main dengan keadilan," katanya.

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rosmah menghadapi 12 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-12-2024 01:30 PM
Apa kena laa dgn muka achik sorang ni.
Quote riyadhK 19-12-2024 01:35 PM
Tembun helokkk tangan kakmah
Quote nisako 19-12-2024 01:48 PM
sabo jeeeeeeeeeeeeeeee
Quote Perawankota 19-12-2024 02:11 PM
Serammmmm
Quote kemaruk 19-12-2024 02:11 PM
Dah malu kantoi fitnah rosmah macam2, acik2 ubah strategi dengan menghencap paras rupa kak mah pula nampaknya

Kalau diri sendiri yang kena, konfem keluar ayat "jangan hina ciptaan tuhan" tapi kalau hencap kak mah takpe sebab kakmah ni orang jahat kankankan
Quote kemaruk 19-12-2024 02:42 PM
Ada member bangkem sorang ni benci rosmah sebab rosmah selalu minum air evian dalam mesyuarat..

Maka berasaskan kebencian itu, maka mudahlah bavi beliau menerima hasutan lain contohnya rosmah menabung dari kecil, rosmah owner grab, rosmah bunuh altantuya, rosmah songlap bilion2, rosmah sembunyi mh370 etc
Quote kemaruk 19-12-2024 02:43 PM
Dulu ramai yang percaya duit GST dikutip oleh rosmah untuk beli handbag
Quote sayurmayur88 19-12-2024 02:44 PM
alhamdulillah...
Quote pocongkiutss 19-12-2024 02:49 PM
kemaruk replied at 19-12-2024 02:11 PM
Dah malu kantoi fitnah rosmah macam2, acik2 ubah strategi dengan menghencap paras rupa kak mah pula  ...

Mujur yg memerintah skrg bangnon..kalau abah cirit..esok mesti ada dah pesta guling2.. keadilan dah mati katanya
Quote pocongkiutss 19-12-2024 02:50 PM
Baideway..lepas ni bibi ucop pulak lepas yach ?
Quote Purplehaz 19-12-2024 03:10 PM
Ok la tu the power of madani, masing2 dpt apa yg dicita
Quote Purplehaz 19-12-2024 03:11 PM
Puak C sila buka mata luas2 lps ni, the power of abang adik wooo
Quote Buritan 20-12-2024 10:23 AM
Bab ni aku setuju.. bang non ni tang org.. kutuk separuh mampuihhh . Guling sana sini sinun . Tang dia.. diamm..
Quote MissYouSayang 20-12-2024 07:03 PM
Semua penyamun vvip bapok tua tu kasi lepas wehh.. tercirit la @Apoo nak kena bekap bos dia kaw kaw
Quote sharlenetexas 20-12-2024 07:29 PM
Noted.


Quote sharlenetexas 20-12-2024 07:30 PM
kemaruk replied at 19-12-2024 02:43 PM
Dulu ramai yang percaya duit GST dikutip oleh rosmah untuk beli handbag

forum (29).gif

Quote lostnfaun 20-12-2024 09:57 PM
Kaw² rakyat Malaysia kena main dengan persepsi yang PH buat dulu yer. Cakap mcm² serupa takde hari esok pastu bila lepas cakap tak campur urusan mahkamah bagai.

Quote clueless_gamer 21-12-2024 05:28 AM
dulu ada org tu mengaku, dia tak dapat jentik najib dia cucuk dengan cerita kak ros ni

unicorn status company mcm grab dulu pun konon hak milik kak ros jugak.. apa sahajalah nak memburukan org ni kan

org kg aku panggil political character assassination.. pastu ramai je acik main angguk ketap bibir konon duit dia dah kena curi, konon dia yang kena bayar hutang 1mdb nanti

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060382 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top