CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 6,000 pegawai, pakar perubatan KKM letak jawatan sejak 5 tahun lalu - Menteri Kesihatan

19-12-2024 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10992| Komen: 32

 

KUALA LUMPUR: Seramai 6,417 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak meletakkan jawatan sejak 2019 hingga 2023.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata selain itu pihaknya juga merekodkan seramai 1,046 pakar perubatan turut meninggalkan perkhidmatan awam dalam tempoh sama.

Katanya, 63 pakar perubatan lain pula memilih untuk bersara pilihan.

"Antara punca pegawai perubatan berkenaan meletakkan jawatan kerana memperoleh tawaran bekerja sebagai pensyarah di universiti awam (UA).

"Punca lain peletakan jawatan pegawai perubatan berkenaan adalah disebabkan masalah peribadi, isu kompetensi dan masalah kesihatan.

"Terdapat juga peletakan jawatan yang perlu dibuat oleh pegawai selaras dengan peraturan mengenai perkhidmatan yang berkuat kuasa bagi tujuan pegawai lantikan kontrak dipendekkan tempoh kontrak sedia ada, dilantik semula secara tetap dan bertujuan memudahcara proses pembayaran ganjaran kontrak," katanya.


Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Senator Dr RA Lingeshwaran yang meminta penjelasan daripada Menteri Kesihatan berhubung jumlah pegawai perubatan tetap dan kontrak yang meletak jawatan atau bersara pilihan dari KKM, dalam tempoh lima tahun terakhir.

Menurut stastitik dikeluarkan KKM, daripada 6,417 pegawai perubatan yang meletak jawatan, 2,385 orang adalah mereka yang berjawatan tetap, manakala baki 4,032 orang adalah lantikan kontrak.

Dr Dzulkefly menjelaskan, bahawa jumlah peletakan jawatan itu tidak termasuk 1,086 pegawai perubatan kontrak yang meletak jawatan kerana memendekkan perkhidmatan kontrak sedia ada, bagi tujuan menerima tawaran pelantikan tetap dan diproses ganjaran kontrak.

Mengenai jumlah petugas kesihatan yang masih berkhidmat di KKM, Dr Dzulkefly berkata terdapat seramai 298,853 orang setakat 30 Jun lalu.

Katanya, jumlah itu meliputi 266,133 petugas kesihatan lantikan tetap dan sebanyak 32,720 lagi adalah petugas kesihatan lantikan kontrak.

"Daripada jumlah itu, seramai 7,638 orang adalah pakar perubatan, manakala 44,155 adalah pegawai perubatan," katanya.

Sumber – Berita Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 19-12-2024 01:56 PM
1 left 10 come. Apa masalahnya? Yg nak blah tu biar je lah. Ni yg nak msk ni knp x ambik?
Quote sayurmayur88 19-12-2024 02:42 PM
takper, rezeki masing2..kita bagi kat org yg nak masuk plak..
Quote exclusive_vvip 19-12-2024 02:52 PM
my uncle antara doktor pakar yg berhijrah ke private hospital..gaji 6 figures..bestnyer la..iols ingatkan dia akan bersara gomen jadi pengarah kesihatan negeri,at least..sbb portfolio dia best jgk..
Quote makneng 19-12-2024 02:54 PM
Belajau dah susah, kerja pulak mcm kulikang…mana orang tahan. Bagi yang tahan pulak kerja.
Quote tukul 19-12-2024 03:11 PM
Itu yg merata rata klinik skrg ni...within 10km radius dah berpuluh-puluh klinik baru tumbuh..
Quote zuriey 19-12-2024 03:29 PM
Bagus la dia bla dari dia stress maki2 pesakit
Quote n3ar 19-12-2024 03:41 PM
otai_g replied at 19-12-2024 01:56 PM
1 left 10 come. Apa masalahnya? Yg nak blah tu biar je lah. Ni yg nak msk ni knp x ambik?

memang yg masuk sebagai Housemen,  medical officer ramai tp semua tu baru & takde pengalaman..

yg berpengalaman semua dah lari ke swasta, ke negara lain..

next time bila rakyat sakit penyakit kritikal, dah takde pakar kat hospital kerajaan...semua kat swasta...hantar orang sakit barah ke doktor biasa, bukan specialist..

atau doktor bedah tak cukup pengalaman, kena buat pembedahan yg besar... memang ke laut la jadinya..
Quote Tinot7 19-12-2024 05:08 PM
Deme pi sbb kena pindah ka sbb duit ka sbb apa?
Quote otai_g 19-12-2024 06:33 PM
n3ar replied at 19-12-2024 03:41 PM
memang yg masuk sebagai Housemen,  medical officer ramai tp semua tu baru & takde pengalaman..

yg ...


Well adat Dunia la. You pay peanut u got peanut. Nak servis yg bgs kena korban duit la pg swasta sbb kat sana je rmi Dr pakar Dan berpengalaman. Inilah realiti yg pahit. Rmi org miskin yg Mati sbb lmbt dpt rwtn sbb terpaksa tunggu queue yg pnjg di spital gomen mungkin aku Salah satu Dr yg itu
Quote caprut 19-12-2024 06:33 PM
Tak sabar ke arah penswastaan
Quote cm_vungtau 19-12-2024 08:37 PM
Masalahnya dah kenapa working hours doctor takyah ikut labour law? Dahla gaji ciput. What do you ekspek? Kosser aku
Quote edayildiz 19-12-2024 08:43 PM
yeeee my sister sorg letew...skrg dia kerja kt klinik je..stress katanyaaa..skrg bila keja kt klinik je kn br nampak dia happy sikit
Quote mamajawie 19-12-2024 10:43 PM
aku ni pelik ramai ejen2 takaful ke insurans ke orang kaya raya ramai kecam orang pegi dgan GH..FIL aku ni salah sorang asalnya masuk private hosp tapi sebab dorang x nak jadi apa² terus hantar FIL aku masuk GH..dia punya saraf otak burst masa warded kat private hosp last² jejak jugak kaki kat GH..da la pakai insurans kat private semacam rugi pulak x sampai sehari pun warded tapi kne claim 10k jugak
Quote bbasir 20-12-2024 10:15 AM
ikut scale gaji doktor dekat kerajaan mmg sedih weii.. x sesuai dgn kelayakan... pada i, kalau dorg nak p keja dekat private or luar negara pun p saja la.... kwn2 i byk yg da quit gomen... now earning much better dari gomen... dunia skrg ni smua DUIT wei... xda yg acah2 superhero nak berkhidmat demi manusia bagai.... ada kwn i yg da berhijrah ke Aussie, 6 figures yaa... kt Malaysia ni ada?? xdaaaaaa
Quote dua_chzy 20-12-2024 10:20 AM
otai_g replied at 19-12-2024 05:56 AM
1 left 10 come. Apa masalahnya? Yg nak blah tu biar je lah. Ni yg nak msk ni knp x ambik?

Masalahnya bila makin kurang tenaga doktor pakar di sepital gomen sebab suma lari pi swasta or buka klinik sendiri.

Nak doktor2 baru terutama yang pelatih tu trained jadik pakar, ambik masa. Ruginya bila dah trained bebetul, lari le pulok.
Quote dua_chzy 20-12-2024 10:22 AM
Doktor2 yang kena hantar oleh gomen pi obersea then dapat biasiswa gomenn la hapa la suma tu pehtu tanak balik Malaysia lepas dah abis blaja patut bayar balik biasiswa tu.
Quote dua_chzy 20-12-2024 10:24 AM
mamajawie replied at 19-12-2024 02:43 PM
aku ni pelik ramai ejen2 takaful ke insurans ke orang kaya raya ramai kecam orang pegi dgan GH..FIL  ...

Sebab anak meols selamat di GH walaupun dah hampir mati, meols sapot gomen sepital a hundred percent walaupun ada aiol tak puas hati tapi yang penting anak meols hidup sebab pertolongan meka doktor2, nurse2 gomen yang asek dikecam tu.
Quote dua_chzy 20-12-2024 10:25 AM
mamajawie replied at 19-12-2024 02:43 PM
aku ni pelik ramai ejen2 takaful ke insurans ke orang kaya raya ramai kecam orang pegi dgan GH..FIL  ...

Sebab treated kat ICU kan?
Quote airmineral 20-12-2024 10:45 AM
mcm chicken & egg la isu ni

nak hire doctor kena ada duit nak bayar gaji elaun
nak ada duit hasil negara kena tambah salah satunya naikkan cukai, naik gaji, sume kos la naik
pastu sblm nak hire ramai2, fasiliti nak kena bina
nak bina fasiliti kena kos puluh ratus juta sbb spec spital ni bukan cokia2 pny level
then baruuu la boleh hire ramai staff
tapi bila da dpt staff, nak kena fikir spy dia xlari kat private / negara lain sbb gaji jauh lebih tinggi
tp tu la, kene gomen mmg xleh nak kaya la kot
pluas, culture spital yg toxic treat juniors pun punca jugak


pendeknya, panjangggg prosesnya tp nak baiki sistem ni perlu ada tindakan drpd skg

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.084076 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top