OSLO – Sebuah penerbangan KLM Royal Dutch Airlines tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Oslo Torp Sandefjord di Norway selepas melakukan pendaratan cemas semalam(waktu tempatan). Menurut beberapa pegawai, pesawat Boeing 737-800 menuju ke Amsterdam dari Lapangan Terbang Oslo itu mengalami kegagalan hidraulik sejurus selepas berlepas. Juruterbang membuat keputusan melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Sandefjord yang terletak kira-kira 110 kilometer ke selatan Oslo. Pesawat itu selamat mendarat walaupun hilang kawalan sedikit ketika pendaratan, demikian menurut laman web Aviation24.be. Beberapa pegawai berkata, pesawat itu tergelincir dari landasan 18 dan berhenti di kawasan rumput lembut berhampiran. Kapal terbang itu membawa 182 penumpang dan kru dengan semua mereka selamat.– AGENSI Sumber – KOSMO! ONLINE
|
Kitty_catz replied at 30-12-2024 11:49 AM
ehh cuaknya 1 hb ni nak fly
midori888 replied at 30-12-2024 03:54 AM
Cuols akan naik airline mana? Baca doa naik kenderaan tau cuols ...
midori888 replied at 30-12-2024 05:16 AM
MAS insyaAllah okay cuols...pilot MAS terbaikkkkk
midori888 replied at 30-12-2024 01:16 PM

Decaffeinated replied at 31-12-2024 08:13 AM
Yang tak OK nya pilot mana?
ADVERTISEMENT