CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta dah bayar hutang Mara RM550,000, diberi 3 bulan jelaskan baki

30-12-2024 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16697| Komen: 139

 


Pelakon, Rozita Che Wan sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi melunaskan hutang pinjaman kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sehingga Jumaat lalu.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita atau Che Ta.

Bagaimanapun, katanya, baki hutang yang tertunggak perlu diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac tahun hadapan.

“Sudah saya tegaskan bahawa Mara tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

“Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Pada 10 Disember lalu, kediaman selebriti itu diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.


Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan Mara berjumlah RM960,000 pada 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn. Bhd.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan miliknya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012 telah ditangguh atas permohonan pelakon itu.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 30-12-2024 09:46 AM
kAT IG bukan main Che Ta bagi nasihat itu ini, tang hutang liat pulak nak bayo.. kan dah terbukak aib seluas luasnya.. ekekekeke
Quote freyayong 30-12-2024 09:52 AM
sebenarnya ada duit lah.. tp pilih utk tak nak byr... apo... buruk perangai..
Quote MadameOnion 30-12-2024 09:59 AM
habis bayar nanti..dia mula balik la
Quote mrsLucky 30-12-2024 10:00 AM
Mesti family tolong share2 topup sampai rm550k...sebab mereka pon tentu terpalit malu...
Quote prettyuglybabe 30-12-2024 10:04 AM
lepas ni kalau meriak juga, tak tau la..
memang tak ada kemaluan langsung dah la tu..
Quote cikmouse 30-12-2024 10:04 AM
ooooo ada pun duitnyaaaaaaa.....
Quote jalfa 30-12-2024 10:06 AM
Jual yestana kokdiangkah?
Quote doubleA 30-12-2024 10:11 AM
Boleh pula bayarnya? Sebelum kecoh ni bayar 60k je kan so dah bertambah jadi 550k
Quote nadie90 30-12-2024 10:13 AM
Pengerusi MARA yg ni mmg betul2 ligan org surh byr balik pinjaman....klu x xdak sapa tau acik ni ada buat pinjaman dgn MARA....kan
Quote aciksenah 30-12-2024 10:15 AM
Lps habis bayar nanti hidung tinggi balik la cik ta..habis la B40 kena kecam dengan cikta balik lepas ni..
Quote dewi_rina 30-12-2024 10:19 AM
Ada pun duit nak bayar.. Hasil jual dress letop ke

Dalam list harta dia nak lelong tu takde handbeg pun ye.. Ke iols yg buta hati
Quote black_handbag 30-12-2024 10:22 AM
dia pinjam dengan sape pulak tu.. malu la dok canang kaya tapi kawan tolong bayarkan duit org buat rumput yg ko tak nak bayar. mesti dia meminjam mana2 ni utk setel mara

gitulah konsepnya gali lubang tutup lubang. malu besar kan sbb satu msia dah tau ko berlagak kaya
Quote Incanto 30-12-2024 10:30 AM
pasni yg baki jgn buat lupa plak

Quote watachiwa 30-12-2024 10:54 AM
freyayong replied at 30-12-2024 09:52 AM
sebenarnya ada duit lah.. tp pilih utk tak nak byr... apo... buruk perangai..

kann. dia byk bisnes meh?
Quote Mimo.mimo 30-12-2024 10:57 AM
dewi_rina replied at 30-12-2024 10:19 AM
Ada pun duit nak bayar.. Hasil jual dress letop ke

Dalam list harta dia nak lelong tu takde h ...

Adakah dia banyak beg fufu?
Quote dewi_rina 30-12-2024 11:01 AM
Mimo.mimo replied at 30-12-2024 02:57 AM
Adakah dia banyak beg fufu?

Katanya banyak beli kat jakarta.. Iols pun rasa gred jah tu beg nya, patut pun dia kata tu aib
Aib sbb beg fufu
Quote ihtisyam1 30-12-2024 11:05 AM
wow byk duit....ke pinjam mane2
Quote BungaKencana 30-12-2024 11:16 AM
blh pulak bayar... kirenya skrg blh la hentam netizen balik kan kan.. blh ckp netizen menuduh netizen pitenah netizen itu ini...

lapar perhatian!
Quote cm_vungtau 30-12-2024 11:39 AM
Mara pun satu. Kasi pinjam sejuta, kena bayar sejuta aje. Apa kata ko simpan aje duit tu dalam asb, makan dividen aje. Aje bodo

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.122575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top