CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia kongsi limpahan kemakmuran secara adil, tanpa ada kelompok, wilayah disisihkan - PM

31-12-2024 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 40902| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Kerumitan landskap global saat kini menuntut ASEAN untuk melakar peranan dan pengarahan baharu dalam menjamin rantau ini terus menikmati dan berkongsi limpahan kemakmuran secara adil tanpa ada kelompok atau wilayah yang disisihkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia kini menjadi tugas besar Malaysia yang mula mempengerusikan ASEAN, dalam memenuhi hasrat itu, seiring dengan tema diangkat iaitu 'Keterangkuman dan Kemampanan'.

"Yakni, membawa seluruh kekuatan yang ada, seluruh pasukan yang ada sebagai satu kesatuan dan menjamin supaya pembangunan ini terus mampan dan mengambil kira mengurangkan jurang perbedaan dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh kelompok yang tersisih atau miskin atau terpinggir.

"Jadi, inilah maksud kita supaya ASEAN menikmati dan berkongsi limpahan kemakmuran secara adil tanpa ada kelompok atau wilayah yang disisihkan," katanya dalam perutusan khas sempena tahun baharu yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.


Bagi maksud itu, Anwar berkata, Malaysia harus bersama menjunjung prinsip 'striving for excellence', maknanya berusaha mencari jalan dan kaedah supaya mencatat kecemerlangan, mengukuh perpaduan di dalam negara terlebih dahulu.

"Sebab sebelum kita melangkau ke rantau dan ke pasaran antarabangsa, negara harus teratur dengan baik, tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras. Barulah kita akan peroleh penghormatan sebagai satu negara berdaulat, merdeka dan bertanggungjawab.

"Inilah penghormatan besar untuk negara dan peluang untuk membina lembaran baru dalam agenda serantau dan global yang terus mencabar selagi beberapa isu pokok seperti pembantaian, kezaliman, penindasan, penjajahan di Gaza dan beberapa kawasan yang mencabar selainnya," katanya.

Esok, Malaysia secara rasmi akan mengambil alih jawatan selaku Pengerusi ASEAN, selepas Laos menyerahkan tanggungjawab berkenaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane pada 11 Oktober lalu.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat dan sidang kemuncak ASEAN sepanjang tahun, antaranya Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN di Johor (Februari), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Persidangan Pasca Menteri (AMM/PMC) di Kuala Lumpur (Julai), serta Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 31-12-2024 09:52 PM
Apakah PMX bicara "Kondisi IDEAL"  ini dalam 'Lingkup Masalah"  yang ada di negara-negara ASEAN atau hanya ditujukan untuk kondisi di dalam negara Malaysia sendiri ?  
Quote ultra78 2-1-2025 12:08 AM
Malaysia ni patut dirombak balik. Sistem perkongsian kuasa federal dan state government ni hanya tambah birokrasi dan perlahankan agenda perubahan. Lagi bala bila dapat state government yang bengap dan tak competent buat kerja. Lagi bagus satu negara di perintah satu central government sahaja dan state tu ditukar kepada provinsi dan ditadbir oleh gabenor yang hanya ada kuasa yang terhad. Nama dia unitary government. Banyak negara guna sistem ni.

Malaysia ni negara kecik sahaja. Jangan la ikut sistem federalism macam di US. Nanti banyak buang masa bertekak antara federal dan state government disebabkan banyak kuasa diperturunkan kepada state.
Quote terma2nkondisi2 2-1-2025 01:14 AM
ultra78 replied at 2-1-2025 12:08 AM
Malaysia ni patut dirombak balik. Sistem perkongsian kuasa federal dan state government ni hanya tam ...

unitary system, mcm china kan?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035427 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top