Pasangan selebriti yang juga bergelar usahawan, Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen berkongsi akhirnya berjaya membawa 30 pekerjanya melancong ke Jepun. Perkongsian ini dibuat menerusi Instagram Hanis yang memaparkan detik-detik mereka berada di lapangan terbang bersama-sama. Menurut Hanis, impian ini telah disematkan sejak dia dan suami memulakan perniagaan mereka kira-kira 10 tahun lalu. "Apabila kami mula-mula memulakan syarikat bersama-sama pada usia 20-an, salah satu impian utama kami adalah membawa seluruh staf ke negara empat musim. Kami selalu bercakap tentang perkara ini kepada tim, nak sangat rasa bercuti ke tempat sejuk dengan baju bulu-bulu.- Kongsi Hanis."
Hanis mengakui perjalanan selama 10 tahun menjalankan perniagaan bukanlah mudah. Namun, dengan rezeki dan usaha yang berterusan, mereka akhirnya berjaya menunaikan impian tersebut. Dalam persiapan untuk percutian ini, Hanis turut mengambil langkah ekstra dengan menempah jaket khas untuk semua pekerjanya. "Sebab ini pertama kali nak terbang, kami siap buat perbentangan mengenai jenis pakaian dan cara menyimpan beg. "Big boss pula tempah custom jaket varsiti dua lapisan untuk semua, jadi kurang satu jaket yang mereka perlu beli".- Tambahnya. Perkongsian ini mendapat pujian ramai netizen yang kagum dengan penghargaan Hanis dan Hairul terhadap pekerja mereka. Ramai turut meluahkan rasa inspirasi melihat sikap pasangan ini yang sentiasa mementingkan kebajikan staf. Hanis turut menyatakan rasa terharu dan bersyukur dapat merealisasikan impian bersama suaminya, Hairul. Perjalanan lima hari ini pastinya menjadi kenangan manis buat seluruh pasukan mereka. Sumber – OhMedia |
miamiot replied at 1-1-2025 05:40 AM
KekNis & Kekrul dh 10 thn kawin ke ? Bisnes apa diorg buat sama2 ? Mcm fishy je.
bukannonones replied at 31-12-2024 11:19 PM
Dejavu la trip to Japan bawak staff, anak sepasang laki perempuan.
Harapnya kekrul tak berperangai ...
miamiot replied at 1-1-2025 05:40 AM
KekNis & Kekrul dh 10 thn kawin ke ? Bisnes apa diorg buat sama2 ? Mcm fishy je.
EncikRhoma replied at 1-1-2025 08:44 PM
Diorang masih duduk penthouse setia sky residences dekat kg bharu tu kan?
ADVERTISEMENT