CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki kahwin 3 tagih ihsan belikan tiket kapal terbang, rindu 2 bini di Kelantan

2-1-2025 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8038| Komen: 19|Original author: Raline

 


Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila meminta belas ihsan orang ramai membantunya menyelesaikan isu rumah tangga selepas berpoligami.

Dalam satu hantaran di Facebook, lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga orang isteri di mana dua daripada mereka berada di kampung dan seorang lagi yang tinggal bersamanya.

Menurut pengadu tanpa nama itu, dua isterinya berada di Kelantan manakala seorang lagi tinggal bersamanya di lokasi yang tidak dinyatakan.

Namun, dia kini berdepan masalah kewangan hingga menghalangnya untuk pulang ke Kelantan bagi bertemu dua isterinya yang lain.

“Saya malu sebenarnya. Saya ada masalah kewangan sekarang ni. Boleh tak saya nak minta ihsan duit tiket kapal terbang balik Kelantan?

"Saya terlalu rindukan bini-bini yang lain,” katanya meminta simpati warga maya menerusi sebuah grup di Facebook.

Ujar lelaki itu dia sangat mengharapkan agar ada pihak yang sanggup menyumbangkan tiket kapal terbang pergi balik untuknya.

Katanya lagi, sumbangan atau bantuan itu sudah memadai untuk melepaskan rindu terhadap dua isterinya yang berada jauh di sisi.

"Moga ada insan yang prihatin dengan nasib suami yang berpoligami.

"Dapat sumbang tiket kapal terbang pergi balik pun sudah cukup," katanya lagi.

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen apabila ada yang menyokong dan bersimpati dengan situasinya.

Manakala tidak kurang juga yang memberikan komen sinis berhubung kehidupan berpoligami.

"Aduh, naik bas je la bang... jimat sikit.

"Tak payah la berlagak berbini ramai kalau (tambang) tiket kapal terbang pun harap ihsan orang.

"Orang kaya pun kahwin seorang. Kau gatal nak kahwin ramai lepas tu minta duit dekat orang.

"Jangan kata duit tiket, duit masuk tandas awam pun tak akan ku berikan. Dah mampu ada tiga bini, usaha la banyak-banyak," komen netizen.

Dalam pada itu, beberapa warga maya turut memberi peringatan kepada pelayar lain agar berhati-hati dengan hantaran berkenaan.

Berkemungkinan, tindakan lelaki itu cuba meraih simpati merupakan taktik penipuan untuk mendapatkan wang daripada orang ramai.


Sumber -mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 2-1-2025 12:36 PM
naik jelah bas kalo takde duit nk beli tiket flight...mcmlah kelantan jauh sangat nak kena redah laut bagai
Quote imanamsyar 2-1-2025 04:04 PM
ko mintak la duit kat jejantan yang beria2 menegakkan poligami tapi nafkah isteri pun culas..pi mintak kat pak2 ostaz yang mencelakakan isteri2 yang menolak poligami walhal isteri tu tau suami dia langsung tak layak poligami.

gi la mintak simpati kat geng2 bodoh yang gunakan kata2 agama untuk menakut-nakutkan isteri yang x izinkan dorang poligami,padahal spender dia pun bini yang belikan..
gi mintak kat jantan yang sibuk nak poligami dgn alasan isteri dah gemok,xde masa layan napsu kuda dia sedangkan yang cari napkah tu bini, yang urus rumah  n anak2 tu bini, dia hanya adalah biawak hidup, jobless yang tau mengangkang kat rumah mengharapkan bini melayan dia mcm raja..

pergi lah bang..

kalau malu jugak, baik abang pegi mampos je la..xde lah menyusahkan masyararakat..

Quote tri-max 2-1-2025 05:17 PM
inilah kisah yg tak bermanfaat utk awal tahun 2025
menyampah baca
org tamak selalu rugi, fadan muka
Quote mijot 2-1-2025 06:02 PM
takde duit tapi gigih nak kawen banyak....
Quote stroberi_80 2-1-2025 06:38 PM
Many face you
Quote Kitty_catz 2-1-2025 06:44 PM
bodohhhh punya jantan keparat

tp betul la.. ntah2 scammer

Quote PULANGKAN 2-1-2025 06:50 PM
scammer

apa gila nak naik flight

sedar lah diri sikit. dah tau nak berbini ramai, takde duit, mintak pulak belanja tiket flight. lepastu? complain? nak first class pulak? ahh takde. pegi naik bas tu. dasar
Quote sfrnna 2-1-2025 08:25 PM
Cam sial. Rindu nak mengeseks la tu. Dasar jantan keparat
Quote akies 2-1-2025 08:59 PM
Ceh! Dhla tkde duit.
Berlagak lak tu nk naik flight
Quote BoongaKertas 3-1-2025 07:28 AM
maybe masa dia kawen lebih sorang tu, dia memikir dgn anu dia. hmm...sorry for all the children dpt bapak mcm ni
Quote MadameOnion 3-1-2025 08:12 AM
ehhhh fundek..kau yg nak bersenggama..mintak duit org pulak..dasar hanjing
Quote nisako 3-1-2025 08:13 AM
x de duit naik bas je la          bodoh
Quote hasniey 3-1-2025 08:15 AM
Aik.xkan kawin 3 tp xde kete?drive laaa
Quote sranua 3-1-2025 09:33 AM
What a loser.
Quote cikdot 3-1-2025 11:43 AM
nak cakap kebabian apakah ini, tapi mebilah masa kawin dulu senang pastu now tgh jatuh macam duda adira lol. tapinyeh demand nak naik flight tu troll apakah ini. bape lama dah tak balik tu, boleh jatuh zalim & pengabaian ke
Quote salimrock 3-1-2025 11:44 AM
kenapa tak naik bas?
Quote salimrock 3-1-2025 11:49 AM
teringat team building kompeni wa...

ada member tu duduk bilik, tgk tv je, keluar pn aktiviti percuma

tb kt thailand...


member2 g massage, ( yg konke tu wa tak tau la, tp cara citer cm ada yg melanggan)

ada sorg tu cakap aku dok bilik je bro melancap...nak melanggan takde duit

moral of the story takde duit duk diam2 melancap...
Quote Zeatyisaac 4-1-2025 12:38 AM
Content yang sengaja mengundang. Tak rasa.cerita ni genuine.
Quote noah8670 4-1-2025 08:18 PM
Zeatyisaac replied at 4-1-2025 12:38 AM
Content yang sengaja mengundang. Tak rasa.cerita ni genuine.

setuju tu.. saja nk tgk reaction netizen.

btw kalau betul, tiket flight pergi balik dari kl ke kb baru rm120 mcm tu je. pi buat part time 2 hari dah boleh dpt duit


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045484 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top