BENGALURU: Tesla melaporkan penurunan pertama penghantaran tahunan apabila pembuat kereta itu menyerahkan kenderaan elektrik (EV) yang kurang daripada jangkaan pada suku keempat, manakala insentif gagal meningkatkan permintaan untuk barisan model yang semakin berusia. Saham syarikat itu jatuh 3.5 peratus sebelum dagangan, sebagai tanda kebimbangan pelabur terhadap cabaran yang dihadapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, yang menjangkakan promosi, termasuk pembiayaan tanpa faedah untuk menggerakkan 'sedikit pertumbuhan' dalam penghantaran pada 2024.
Pengurangan subsidi Eropah, peralihan di Amerika Syarikat (AS) ke arah kenderaan hibrid berharga rendah dan persaingan yang lebih sengit daripada firma China, BYD telah memberikan tekanan kepada Tesla. Sebagai tindak balas, Musk menggerakkan Tesla kepada teksi pandu sendiri dan menyokong Presiden terpilih Donald Trump dengan berjuta-juta dolar dalam bentuk sumbangan kempen dengan harapan ia boleh membawa kelonggaran kawal selia untuk syarikat itu. Tesla menyerahkan 495,570 kenderaan dalam tempoh tiga bulan hingga 31 Disember, gagal memenuhi anggaran 503,269 unit, menurut 15 penganalisis yang ditinjau oleh LSEG. Ia menyerahkan 471,930 kenderaan Model 3 dan Model Y serta 23,640 unit model lain, termasuk sedan Model S, Cybertruck dan kenderaan utiltik sukan (SUV) premium Model X. Ia menghasilkan 459,445 kenderaan dalam tempoh Oktober hingga Disember. Penghantaran untuk 2024 adalah 1.79 juta unit, 1.1 peratus lebih rendah daripada tahun sebelumnya, di bawah anggaran 1.806 juta unit, menurut 19 penganalisis yang ditinjau oleh LSEG. Dengan teknologi pandu sendiri masih beberapa tahun lagi untuk direalisasikan, penganalisis berkata Tesla akan bergantung pada versi kereta semasa yang lebih murah dan Cybertruck untuk memacu pertumbuhan jualan dalam tempoh terdekat. Trak itu, yang terkenal dengan luarannya yang berbentuk trapezoid. keluli tahan karat, menunjukkan tanda-tanda kelemahan permintaan, kata penganalisis. Sementara itu, pendaftaran kenderaan Tesla di Eropah pada Oktober jatuh sebanyak 24 peratus, disebabkan oleh persaingan yang sengit daripada Volkswagen Group, yang mana SUV Skoda Enyaq telah menyingkirkan Model Y sebagai EV terlaris di rantau itu, menurut firma penyelidikan data JATO Dynamics. Harga dan insentif yang lebih rendah menjejaskan margin keuntungan Tesla pada jualan kenderaan tahun lepas. Wall Street, bagaimanapun, menjangka permintaan akan meningkat pada 2025 apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah. Saham Tesla melonjak lebih daripada 60 peratus tahun lalu. -Reuters
|
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...
hayrin86 replied at 3-1-2025 08:57 AM
Sebab EV masih baru kan
green~tea replied at 3-1-2025 09:01 AM
I rasa susah ev nak gain traction sbb byk owners dah mula menyesal, charge kat rumah ada 8 jam,.14 ...
hayrin86 replied at 3-1-2025 09:03 AM
Mungkin tahun 2030-an baru la EV popular..
green~tea replied at 3-1-2025 09:01 AM
I rasa susah ev nak gain traction sbb byk owners dah mula menyesal, charge kat rumah ada 8 jam,.14 ...
pokokmeranti replied at 3-1-2025 09:21 AM
I ada baca, samada di China atau Korea ramai yg menyesal dengan EV. isu berebut charing port, masa ...
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...
nw111 replied at 3-1-2025 08:38 AM
Ev ni sesuai utk city drive or short distance je..buat size compact car mcm myvi tu cukup dh..charge ...
green~tea replied at 3-1-2025 08:42 AM
Hahahhaha.... bener sekali
Pernah convoy dgn kawan pakai ev volvo.. outstation ke east coast.. fu ...
BoongaKertas replied at 3-1-2025 10:25 AM
mujur iols x pernah berkenan nak own a tesla or any ev car. seram lah, iols fikir the worst jer. hp ...
ADVERTISEMENT