CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bebas muflis, 2025 lembaran baharu buat kartunis Ujang

3-1-2025 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19146| Komen: 75

 


HULU TERENGGANU – Kedatangan tahun 2025 hari menjadi permulaan baharu bagi kartunis tersohor, Ujang selepas 24 tahun diisytiharkan muflis.

Ujang atau nama sebenarnya, Ibrahim Anon, 59, berkata, beliau menerima pelepasan daripada kebangkrapan mengikut Seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 pada  29 Julai tahun lalu.

Bapa empat anak tersebut berkata, kehidupannya kini lebih tenang bersama keluarga dan tumpuan akan diberikan terhadap penghasilan karya secara dalam talian selain berperanan sebagai pemain industri pelancongan di Tasik Kenyir, di sini.

“Jika diingat semula kenangan pahit, saya pulang ke kampung di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebaik diisytiharkan muflis, macam-macam kerja termasuk menjual pasu saya buat untuk sara keluarga,” katanya ketika ditemui di Tasik Kenyir, di sini hari ini.

Ujang tidak menyangka kunjungannya ke Tasik Kenyir untuk menenangkan diri menjadi titik tolak pembabitannya dalam bidang ekopelancongan.


Katanya, pada masa itu, dia mencuba nasib menawarkan pakej memancing dengan menggunakan bot disewa yang merupakan luar bidangnya dalam dunia animasi dan kartun.

Mengimbas detik-detik awal bergelar muflis pada tahun 2000, Ujang memberitahu dia pada masa itu berdepan 19 saman berkaitan isu harta intelek selain hutang RM1.8 juta dengan syarikat percetakan.

Dia yang kini menetap di Seri Kembangan, Selangor berkata, hutang tersebut disebabkan karya-karya berupa karakter kartun dan nama pena, Ujang tidak boleh dipasarkan ekoran telah diwartakan sebagai harta intelek pihak lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 3-1-2025 09:52 AM
legend woo..ujang, aca, atok & uwan
Quote Buritan 3-1-2025 09:58 AM
ketambangkang: legend woo..ujang, aca, atok  ...


Ujang mcm jelmaan atok je
Quote sayurmayur88 3-1-2025 09:58 AM
iolls pun dalam misi nak bebas "hutang riba" bermula tahun ni..
1. rumah
2. kereta
# hat personal loan, spaylater , atome syukurlah takde...
Quote black_handbag 3-1-2025 10:06 AM
kesian.. 24 tahun muflis ye.. zaman kecik2 dulu komik ujang la menghiburkan hari2 aku.. baca sambil gelak2.. zaman tu mana ada hp semua mcm budak2 zaman skrg
Quote pokokmeranti 3-1-2025 10:07 AM
sejak ada teknologi bergelat telefon nie....ranap majalah2 komik semuanya. org dah beralih arah. jgn katakan majalah ujang, gila2, ....komik dari hong kong pun lenyap.
Quote pichee 3-1-2025 10:08 AM
Edited by pichee at 3-1-2025 10:09 AM

tp i ada bc.. org tulis kt podcast tu.. jgn percaya apa yg ujang ckp.. byk bohong..

tp, i tetap percaya ujang ditipu dgn karisma n keparat2 yg tau undang2..

the best part.. die x nk cite hal org.. die bkn its all about me.. die mesti ckp team.. or die sebut kawan die...
Quote Sesuatu… 3-1-2025 10:50 AM
Dh kaya dh ke org yg tiau dia pakai undang2 & hakcipta intelek tu?
Quote plywood 3-1-2025 10:51 AM
aku tak tau apa yg beraku sebenarnya, rupanya ada status bangkrap dari 2000... mcm mana pun dia ni jadi ingatan disebabkan karya2 yg menghiburkan dihasilkan dahulu..
Quote SWORKS27 3-1-2025 11:02 AM
kartunis legend...
semoga dipermudahkan urusan ujang ori
Quote Belibis 3-1-2025 12:03 PM
ketambangkang: legend woo..ujang, aca, atok  ...

Tak dilupa,anom..cinta hati yang tak kesampaian.
Quote ketambangkang 3-1-2025 12:03 PM
jahat ye dato M tu
Quote Buritan 3-1-2025 12:05 PM
black_handbag replied at 3-1-2025 10:06 AM
kesian.. 24 tahun muflis ye.. zaman kecik2 dulu komik ujang la menghiburkan hari2 aku.. baca sambil  ...

Aku suke prof serba tau.. satu lg minah ape tah.. yg suke merendahkan lelaki tuu
Quote Triple_8 3-1-2025 12:18 PM
Inilah nasib orang seni di M'sia. Penerbit kaya raya dia bangkrap. Apa khabar A. Samad Said? Kalau generasi muda di M'sia benci berkarya, saya setuju.
Quote green~tea 3-1-2025 12:23 PM
pichee replied at 3-1-2025 10:08 AM
tp i ada bc.. org tulis kt podcast tu.. jgn percaya apa yg ujang ckp.. byk bohong..

tp, i tetap per ...

I rasa ujang yg kena tipu.. sbb dia bangkrap masa dia tengah peak..

Aiols lupa la nama dato berkerak scammer tipu partner tu..
Quote vanilacup 3-1-2025 12:59 PM
More prefer majalah Gila-Gila lagi
The best humor dan karakter kartun di dalamnya
Tiada siapa yg boleh ambik aura majalah tu.
Sayu pulak teringat sbb skrg dah semua dlm phone sedangkan dulu kita membesar tiap-tiap bulan mesti beli mcm2 majalah utk dpt kan bahan bacaan yg menarik dan ikut citarasa masing-masing
Quote alesandra 3-1-2025 01:09 PM
Penah baca masa memula dia  bankrupt teruk dia kena tekanan jiwa .dia sampai penah solat fardhu sampai 20 rakaat
Quote shernazz 3-1-2025 01:11 PM
Buritan replied at 3-1-2025 12:05 PM
Aku suke prof serba tau.. satu lg minah ape tah.. yg suke merendahkan lelaki tuu

Minah leter
Quote shernazz 3-1-2025 01:12 PM
green~tea replied at 3-1-2025 12:23 PM
I rasa ujang yg kena tipu.. sbb dia bangkrap masa dia tengah peak..

Aiols lupa la nama dato berk ...

MOY tu ke?
Quote prettyuglybabe 3-1-2025 01:30 PM
ujang masa dia mendunia memang best and kelakar..
lepas dia keluar ujang, terus tak best and i stop beli..
teringat baca dalam ujang part cerita tu..
asal usul nasik lemak dengan cerita dialek negeri..
memang mengekek la baca..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.091251 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top