CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Status Kampung Baru akan dipertahan selagi ada bintang dan bulan' - Johari Ghani

3-1-2025 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15973| Komen: 7

 


KUALA LUMPUR: Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru akan dipertahankan selagi ada bintang dan bulan, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Komoditi, berkata tempoh itu cukup bersejarah yang menyaksikan arus pembangunan berlaku yang signifikan terhadap Kuala Lumpur sebagai ibu negara.

"Sebagai Ahli Parlimen, ada tiga perkara yang saya sentiasa tekankan kepada semua penduduk Kampung Baru iaitu mesti memastikan tanah ini kekal milik tangan orang Melayu.

"Selain itu, mana-mana pembangunan di sini kita galakkan dan tiada tentangan, tetapi dengan syarat pemaju kawasan kena mengambil kira sejarah tempat ini supaya yang berlaku ke atas Sungai Baru tidak berlaku di sini.

"Ia terjadi kerana ramai pemaju datang ke kawasan ini tidak faham, kerana dia tidak faham sejarah kerana dia menganggap memajukan kawasan setinggan.


"Disebabkan saya menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13), dulu kita sudah menunjukkan bagaimana membangunkan Kampung Baru ini di tanah pasar minggu yang hari ini membangun sebagai projek gergasi dan berjalan dengan begitu sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin sempena sambutan 125 tahun Kampung Baru di Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.

 

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Johari berkata, kelancaran pembangunan itu kerana pihaknya mengambil kira pandangan penduduk setempat sebelum memulakan pembangunan.

"Tetapi di Sungai Baru malangnya apabila hendak dibangunkan, ia tidak mengambil pandangan semua yang akhirnya berlaku membuatkan wujud dua kumpulan, satu mahu pindah dan sudah berpindah yang masuk tujuh tahun, kemudian satu lagi tidak bersetuju.

"Seterusnya soal kebersihan iaitu seperti mana kita menumpukan kebersihan longkang yang diselenggara dengan baik, di samping peniaga turut memainkan peranan iaitu tidak membuang sampah sewenang-wenangnya.

"Maka tiada isu saliran tersumbat, kerana kalau tidak menjaga kebersihan agak sukar untuk membangun dengan terancang," katanya.

Sumber – BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 3-1-2025 08:35 AM
Rasanya geran tanah kampung tu berjuta dah nilai dia kan?
Quote eragon 3-1-2025 09:37 AM
Bulan dan Bintang malam je kan ?
Quote venom1 3-1-2025 09:49 AM
kalau kat game monoply ni dah macam harga tapak property 'Mayfair'
Quote SWORKS27 3-1-2025 09:54 AM
mentaliti pemaju penjarah..asal nampak rumah kayu tengah town, dianggap setinggan..
memang kena pertahankan kg baru ni sampai hari kiamat....
Quote pichee 3-1-2025 10:12 AM
igt kg baru tu setinggan ke oiii.. g la kacau tmpt lain.. ada bran xxx
Quote Decaffeinated 3-1-2025 06:27 PM
Buatlah macam kampung tradisi Korea tengah2 Seoul tu. Nampak klasik dan berkelas barulah pelancong tengok kagum. Kg Baru tu memang macam setinggan pun itu pun ada gak geng2 omputih naik basikal pusing2 di ketuai oleh tourist guide cina malaysia. Entah apa dia kelentong pun tak tau.
Quote FOTHER-MUCKER 3-1-2025 07:10 PM
Tak boleh ke pemilik rumah bagi cantik di catkan rumah tu, buat Gardan yang cantik di halaman rumah etc. Ini tuan rumah pun tak jauh beza dengan DBKL dan JKR!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.249955 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top