CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelawak popular miliki ganja dipenjara 6 bulan di Arab Saudi

3-1-2025 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27530| Komen: 11|Original author: Raline

 

 

PELAWAK popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lalu kerana memiliki dadah sedang menjalani hukuman penjara enam bulan di negara itu.

Hukuman itu dijatuhi ketika perbicaraan kes tesebut pada November tahun lalu.

Menurut sumber, pelawak berkenaan berkemungkinan mempunyai peluang untuk dibebaskan lebih awal jika dia berkelakuan baik.

Pelawak berkenaan sedang menjalani hukuman penjara di Arab Saudi.

"Dia mempunyai peluang untuk dibebaskan lebih awal kerana berkelakuan baik.

"Hukuman penjara penuh dijangka berakhir pada April ini," katanya seperti dilaporkan The Star.

Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang warga Malaysia di Jeddah disyaki memiliki ganja namun identiti pelawak berkenaan dirahsiakan.

Sejak suspek ditahan, pihak kedutaan dan Konsulat Malaysia di Jeddah telah pun memberikan bantuan kepadanya.

Atas pelbagai faktor, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Malaysia di Jeddah tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Pelawak berkenaan dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi ketika mahu menunaikan umrah bersama rakan-rakannya.

Sumber – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buudak 2-1-2025 10:32 PM
Siapa? Xde clue huhuhu
Quote wickedwisdom 2-1-2025 10:35 PM
Siapakah?
Quote hanamunir 2-1-2025 10:57 PM
kenapa identiti pelawak ni dirahsiakan ea?
Quote sukacactus 2-1-2025 11:02 PM
Thread sblh kata yasin senario
Quote royale04 3-1-2025 05:22 PM
Katanya Lan Petpet
Quote imransulaiman 3-1-2025 07:27 PM
Persoalannya sekarang ni - kenapa bawa ganja??
Kalau untuk bekalan sendiri, memang tegar lah tu. Nak pergi umrah pun bawa sekali..
Tak pun mungkin ada yang sabotage
Quote phalanx 3-1-2025 07:42 PM

bukan lan. lan pet pet ada je masa kumpulan senario sign kontrak jakel last week.
cari sapa yg takde dalam grup tu yg pergi umrah bulan 10 haritu
Quote Carcosa 3-1-2025 11:17 PM
Nasib baik 6 bulan je. Kalau 6 tahun?? Dah balik ni, kalau tak insaf pun taktaulah. Antar tembak ajelah taik dadah niiii. Useless la diorang ni. Ganja ke, ecstasy ke, syabu ke, semua takguna. Semua anjing2 yg suka mkn taik. Enough lah. Aku berangin betul bila baca psl org mendadih ni. Nk sedappppp je kerja dia. Pegi mampos boleh tak
Quote cashewnut 3-1-2025 11:44 PM
Tv kasi blacklist pendadih ni. Tua kutuk
Quote L.U.S.M 4-1-2025 10:49 AM
Bila niat umrah utk suci di mata netizen..hahaha
Quote bedahmenjuyah 4-1-2025 10:55 AM
Siapa dia? Kenapa rahsia?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050227 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top